Apa Marcus Aurelius Belajar Daripada Orang Sekelilingnya?
Siapa saja yang tak kenal dengan Marcus Aurelius? Baginda adalah antara penguasa Rom yang punyai prestij dan reputasi yang tinggi dalam lipatan sejarah tamadun Rom. Empayar Rom di bawah pemerintahan baginda mekar sebagai tamadun gergasi yang disegani dunia.
Di kalangan peminat sejarah, baginda adalah seorang maharaja yang gagah membina empayar. Manakala bagi pengamal falsafah Stoikisme, Marcus Aurelius adalah seorang mahaguru. Terlalu banyak jasa yang ditabur oleh baginda, baik dalam dunia sejarah mahupun dunia falsafah.
Dalam trivia kali ini, jom kita telusuri salah satu bab daripada sebuah karya agung yang dikarang oleh Marcus Aurelius sendir yang bertajuk: Meditasi!
Buku ini mengandungi koleksi catatan peribadi Marcus Aurelius tentang pemikiran dan renungannya tentang kehidupan. Inilah antara warisan berharga yang ditinggalkan oleh Marcus Aurelius buat kita semua.
Dalam bab satu Meditasi, Marcus Aurelius menulis dengan teliti semua pengajaran berharga yang dipelajari daripada orang sekelilingnya.
Baginda mula dengan datuk baginda, Marcus Annius Verus. Daripada datuknya, baginda belajar erti moral yang mulia dan contoh kehidupan yang berlandaskan prinsip kebajikan. Baginda juga sedar akan pentingnya disiplin diri dan menjaga maruah dalam setiap tindakan.
Daripada bapa angkatnya, Antoninus Pius, Marcus belajar tentang sifat kesederhanaan dan ketabahan. Sifat belas kasihan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Antoninus juga telah mengajar Marcus untuk jadi seorang pemimpin yang adil dan berhati mulia.
Ibu Marcus, Domitia Lucilla, pula mengajarnya erti kasih sayang dan kelembutan. Daripada ibunya, Marcus belajar agar tidak mudah terpedaya dengan kemewahan dunia. Baginda belajar apa itu erti kesyukuran dan menghargai apa yang dimiliki serta menjauhi sifat berlebih-lebihan.
Guru-guru falsafah yang ditemui Marcus juga berikan pengajaran yang berharga. Contohnya, dari Diognetus, Marcus belajar untuk tidak buang masa dengan perkara yang sia-sia. Diognetus ajar Marcus untuk memusatkan perhatian pada tujuan hidup dan jalani kehidupan dengan penuh kesedaran.
Selain itu, daripada Rusticus, Marcus pelajari betapa pentingnya mengawal diri daripada tekanan emosi yang melampau. Rusticus tekankan kepentingan introspeksi dan mengakui kesilapan diri sebagai langkah untuk memperbaiki diri. Rusticus juga memperkenalkan Marcus kepada karya Epictetus, yang menjadi panduan penting dalam pemikiran Marcus.
Tidak ketinggalan, Sextus dari Chaeronea, yang mengajar Marcus agar hidup selaras dengan ritma alam. Sextus juga menunjukkan kepentingan integriti dan hidup dengan tujuan yang jelas serta menjaga hubungan baik dengan orang lain.
Daripada Severus, Marcus belajar tentang nilai keadilan dan ketegasan dalam pemerintahan. Severus mengajar Marcus untuk menjalankan tugas dengan tanggungjawab dan tidak mudah dipengaruhi oleh anasir luar.
Pengalaman bersama Junius Rusticus turut berikan Marcus pengajaran penting. Daripada Rusticus, Marcus sedar akan kepentingan memiliki mentor yang baik dan bagaimana untuk menjadi seorang yang berani dalam menyuarakan kebenaran walaupun berhadapan dengan risiko.
Demikianlah, buku Meditasi bukan hanya sekadar catatan peribadi Marcus Aurelius, tetapi juga dapst menjadi panduan yang berharga bagi kita semua dalam mengharungi liku-liku kehidupan.
Melalui penghargaan dan refleksi terhadap orang sekeliling, Marcus Aurelius telah buktikan bahawa kebijaksanaan dan nilai hidup yang tinggi dapat dipelajari dari setiap orang yang kita temui.
Maka, apa pula yang kita belajar daripada Marcus Aurelius?
Daripada Marcus, kita belajar betapa pentingnya untuk punyai lingkaran sosial yang bermutu, bermanfaat dan berkebolehan dalam membantu kita untuk terus hidup, mengecapi hakikat kehidupan yang lebih bermakna.
Oleh: Fakhry Harraz
—
Nak tahu lebih lagi pasal Marcus Aurelius?
Jom dapatkan KITAB TAMADUN ROM, dalam buku ini ada banyak trivia dan fakta menarik tentang Empayar Rom.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source