Bintang Olimpik Viral, Kim Ye Ji Dedah Berbasikal 90 Kilometer Setiap Hari Untuk Latihan Menembak
Masyarakat Malaysia seolah “terdidik” untuk mengatakan sesuatu makanan itu SEDAP asalkan ia ditularkan di media sosial.
Lihat saja impaknya, asal ada saja kedai jual sedap, besar, murah berlumba-lumba kita mahu mencuba tanpa mahu memastikan sama ada bersih, halal atau pun tidak.
Buktinya ketika kedai serbaneka asal Jepun, Family Mart memperkenalkan ODEN, makanan cucuk ala-ala steambot, orang ramai perlu beratur agak lama sebelum boleh menikmati oden yang sangat lazat ini kerana kedai terlalu penuh.
Namun pendedahan dari portal fb atas nama Sahabat Halal yang mulai tular sejak semalam mula membuatkan masyarakat terpana kerana kedai serbaneka ini sebenarnya tidak mempunyai status halal pun.
Dalam makluman terkininya, fb Sahabat Halal ini menulis, premis Family Mart bukan pemegang Sijil Halal. Maka status halal makanan-makanan yang dikira kritikal dari aspek syarak yang dijual di dalamnya terutama yang jenis masak di premis tidak diketahui status halalnya kerana tiada semakan dan pengesahan dari pihak berkuatkuasa.
Nak tahu premis yang ada sijil halal, lakukan carian di www.halal.gov.my
Terima kasih dan semoga dijauhkan kita semua dari perkara yang SYUBHAH dan HARAM.
Untuk membuktikan hal ini, REMAJA memasuki portal rasmi Halal Malaysia dan carian ketika menulis nama FAMILY MART mendapati status permohonan syarikat berkaitan premis ini TIADA.
Owh, jadi oden nie halal ke tidak ya? Ramai dah makankan sebab ramai yang kata rasanya betul-betul sedap!
Sebelum korang terus panik dan bertanya status sesuatu makanan itu bagaimana, REMAJA menghubungi Imam Muda Asyraf berkenaan makanan halal yang harus dititik beratkan oleh umat Islam demi menjaga hati yang ada kaitan dengan roh dan juga fizikal. Masa yang sama, beliau turut ditanya apa yang harus dilakukan andai seseorang itu sudah termakan makanan diragui statusnya?
Menurut Imam Muda Asyraf, premis yang tidak melekatkan sijil halal tidak semesti haram makanannya.
“Sebagai contoh kedai tomyam, warung nasi lemak dan lain-lain lagi. Ikutkan semua kedai-kedai kecil ini tidak mempunyai sijil halal. Tapi kita biasanya yakin dan tak ragu-ragu pun nak makan kerana melihat kepada siapa pemilik dan tukang masaknya. Masa yang sama nak mohon sijil halal ini perlukan masa kerana bukan senang.
“Ini sama jugalah dengan premis makanan mewah dan mahal. Tapi kebiasaannya kalau syarikat itu mampu membayar sewa bulanan yang mahal, maka dia juga berkemampuan memohon sijil halal yang biasanya mengambil masa yang lama.
“Permohonan sijil halal ini perlu bagi meyakinkan orang ramai bahawa premis itu halal dan tidak bersifat syubahah,” jelasnya.
Tambah Imam Muda Asyraf lagi, sesuatu makanan yang bersifat syubahah atau meragukan status halalnya perlu dielak sama sekali demi menjaga fizikal dan roh itu sendiri.
Bagaimana kalau dah termakan benda yang syubahah?
Kata Imam Muda Asyraf lagi, biasanya bagi mereka yang selalu atau sengaja makan benda yang diketahui haram ini, hatinya menjadi gelap.
“Ada hadis soheh menyebut tentang ini. Hati kita akan jadi hitam, malas untuk bersolat. Apa yang kita doa pada Allah tidak akan dimakbulkan. Inilah beberapa sebab mengapa kita tidak digalakkan memakan benda haram,”katanya lagi.
Kalau dah termakan bagaimana tanpa tahu ia halal atau tidak?
Jangan bimbang kerana Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.
Kata Imam Muda Asyraf, kalau dah makan sebab tak tahu, cukuplah meninggalkannya sama sekali, tidak mengulanginya lagi dan selalulah lidah beristigfar memohon keampunan dari Allah taala.
“Allah itu lebih maha mengetahuinya,” katanya ketika dihubungi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source