Dapur kotor bertahi cicak, Asyraf Wajdi geram kontraktor dewan selera beri jawapan angkuh
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi geram kontraktor dewan selera beri jawapan angkuh sewaktu meminta penjelasan berhubung keadaan dapur Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping dalam keadaan kotor dan bertahi cicak.
Terus telefon kontraktor dewan selera
Menerusi rakaman video yang dikongsikan, Asyraf Wajdi telah menghubungi terus kontraktor dewan selera berkenaan bagi mendapatkan penjelasan berhubung aduan daripada pelajar-pelajar yang mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah yang disediakan pihak dewan selera.
Asyraf Wajdi geram kontraktor dewan selera bagi jawapan sombong
Namun, apa yang mendukacitakan adalah respon daripada kontraktor wanita tersebut yang memberikan jawapan cukup angkuh sewaktu ditanya tentang tahi cicak yang tidak dibersihkan serta menu yang dipaparkan tidak sama dengan yang disediakan pada hari tersebut.
Asyraf Wajdi geram kontraktor dewan selera menjawab, akan beri tindakan tegas
Susulan daripada itu, Asyraf Wajdi menyatakan bahawa pihaknya akan mengenakan tindakan yang cukup tegas termasuklah memberhentikan kontrak dan mengambil tindakan mahkamah terhadap kontraktor tersebut.
Mana tidaknya, tindakan sambil lewa yang dilakukan terhadap dewan selera berkenaan telah mencetuskan risiko kesihatan terutamanya kepada anak-anak pelajar.
Artikel lain: Sudah ada kantin, pengusaha ralat cikgu ikut sama jual makanan kepada murid
Jawapan dia bagi langsung tak nak kalah
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut geram dengan jawapan yang diberi kontraktor berkenaan kerana dilihat cukup tidak bertanggungjawab serta langsung tiada sebarang permohonan maaf.
Difahamkan, kejadian tersebut bukan pertama kali berlaku dan tahun lalu kes keracunan sama juga terjadi di MRSM itu sehingga mengakibatkan puluhan pelajar dikejarkan ke pusat perubatan.
Menu tulis lain, buat lain
Siap suruh check harga pasaran lagi
Memang patut dikenakan tindakan
Terdahulu, Asyraf Wajdi telah membuat terjahan ke dewan selera MRSM Taiping susulan kes keracunan makanan yang melibatkan seramai 31 orang pelajar pada 30 Ogos sehinggakan ada yang terpaksa dikejarkan ke hospital.
Beliau juga telah berkongsi gambar makanan yang dihidangkan kepada pelajar-pelajar yang berbeza dengan apa yang sepatutnya diberi berdasarkan menu yang ditampal.
Sumber: TikTok drasyrafwajdi, Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source