Nurul Shuhada hijrah ke Australia kerana Allah, syukur anak2 dapat sesuaikan diri
Bekas isteri kepada aktor Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada hijrah ke Australia kerana Allah dan menzahirkan rasa syukur kerana anak-anaknya dapat menyesuaikan diri di tempat baru.
Mimpi jadi kenyataan
Memetik laporan dari Mstar, Nurul Shuhada atau biasa disapa Shu memaklumkan yang dia sebenarnya memang sudah lama merancang untuk berhijrah ke negara lain dan menganggap ia sebagai satu mimpi menjadi kenyataan.
“Sebenarnya dah lama rancang. Rasanya sejak lapan bulan lalu saya sudah mula atur untuk memulakan kehidupan baru di sini.
“Saya ambil keputusan untuk berhijrah kerana Allah. Nak mula hidup baru supaya anak-anak dapat rasa persekitaran baru. Boleh belajar budaya orang di sini,” katanya.
Nurul Shuhada hijrah ke Australia, anak2 dapat sesuaikan diri
Dalam pada itu, Shu juga menyatakan yang anak-anaknya, Humairah dan Umar sangat mudah menyesuaikan diri di tempat baru sejak mereka tiba pada pertengahan bulan Julai lalu di Melbourne.
Ujarnya, walaupun seorang ibu tunggal dia sudahpun menyusun dengan baik setiap langkah supaya urusannya di negara orang dipermudah.
“Kehadiran saya di sini juga diterima baik. Dapat bertemu keluarga angkat yang banyak membantu semasa tiba dan tidak banyak masalah berlaku. Syukur segalanya dipermudahkan.
“Sebagai ibu mestilah saya sudah rancang awal tentang urusan melibatkan anak-anak. Semuanya diatur dengan baik termasuk urusan tempat tinggal dan sekolah.
“Anak-anaknya juga tidak mengalami sebarang masalah dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran serta pertukaran cuaca tanpa sebarang alahan.
Dua orang anak saya seronok di sini dan mereka juga senang sesuaikan diri. Malah ketika perubahan musim pun mereka tidak alami sebarang alahan,” jelasnya.
Artikel lain: Reda dengan perceraian, Nurul Shuhada kini menetap di Australia
Nurul Shuhada hijrah ke Australia, sedia balik Malaysia hadiri perbicaraan mahkamah
Walau bagaimanapun, dia masih lagi menjalankan tugasnya sebagai duta produk dan melakukan reviu produk jika diperlukan.
Dia turut bersedia pulang ke Malaysia untuk menghadiri perbicaraan mahkamah berkaitan dakwaan dipukul bekas suami sebelum ini.
“Sebelum ini pun saya tinggal di Perlis dan boleh datang ke Kuala Lumpur, perjalanan lima jam. Sekarang ini mestilah tiada isu nak hadir ke mahkamah.
“Saya ada matlamat di sini dan dalam masa sama masih teruskan tawaran mempromosikan produk dari Malaysia,” ujarnya.
Terdahulu, Nurul Shuhada telah membuat siaran langsung di media sosial menyatakan telah berhijrah ke Australia bersama anak-anak.
Dia juga bakal memulakan kehidupan baru dan akan melanjutkan pelajaran di salah sebuah institut pengajian tinggi di sana.
Sumber: Mstar (Farol Hadi)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source