Sebagai seorang ibu, Diana Danielle puas hati ‘abang bas’ ditahan polis
Pelakon terkenal, Diana Danielle puas hati pemandu bas yang menggelarkan diri sebagai ‘abang bas’ di platform TikTok ditahan pihak berkuasa susulan laporan berkenaan konten-konten kurang sesuai bersama murid-murid sekolah.
Diana Danielle puas hati tindakan segera
Menerusi perkongsian yang dibuat Diana di Instagram, dia menyatakan sebagai seorang ibu dia berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa diatas penahanan pemandu bas tersebut.
Diana Danielle puas hati ‘abang bas’ ditahan, status bapa saudara bukan tiket buat konten
Ujar Diana Danielle lagi, walaupun pemandu bas tersebut menegaskan bahawa murid sekolah di dalam video berkenaan adalah anak buahnya, namun ia bukan tiket untuk melakukan hal sedemikan termasuklah membuat konten dan dikongsi di media sosial.
Mana tidaknya, dengan pelbagai berita yang kerap kita dengar kebelakangan ini berkaitan ‘haruan makan anak’, seharusnya masyarakat lebih peka bahawa keluarga rapat sendiri pun tidak boleh terus dipercayai.
“Sebagai seorang ibu, saya puas hati dengan tindakan polis kali ni tentang isu pemandu bas yang sibuk record video pelajar yang dia suka sangat tu.
Walaupun dia cakap itu sebenarnya anak buah dia, kita pun dah tengok lately, keluarga rapat pun tak boleh dipercayai. Banyak kes haruan makan anak,” tulisnya.
Diana Danielle puas hati tindakan polis, kanak-kanak perlu dilindungi
Dalam pada itu, dia menyatakan undang-undang terhadap kanak-kanak tetap ada walaupun ibu bapa mereka tidak kisah jika anak diperlakukan sebegitu.
Dia juga berharap agar pemandu bas tersebut tidak akan bekerja di sekeliling kanak-kanak itu lagi kerana boleh mengundang pelbagai masalah jika ia diteruskan.
Artikel lain: Sebelum dicekup, pemandu bas buat live TikTok ‘sembang’ masih boleh tersenyum
Pemandu bas secara tak sengaja dedahkan anak buah kepada individu jahat
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan apa yang dinyatakan pelakon tersebut lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang yang cukup mencabar.
Mereka juga sedar bahawa sesetengah pihak kurang faham dengan apa yang telah berlaku dan menganggap ia perkara normal sehingga anak-anak boleh terdedah kepada bahaya.
Lebih sedih apabila dia ada ramai pengikut
Sakit tengok situasi macam ni terjadi dalam masyarakat
Pengajaran buat mereka yang lakukan tindakan ‘grooming’
Terdahulu, seorang pemandu bas berusia 24 tahun telah ditahan reman selama 5 hari susulan tularnya konten-konten bersama murid sekolah dengan kapsyen dan tindakan kurang sesuai mencetuskan kemarahan netizen di media sosial.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyrakat, Dato’ Sri Nancy Shukri telah membuat ciapan di platform X mengatakan tindakan tersebut tidak boleh dinormalisasi dan mengarahkan pihak berwajib membuat laporan polis.
Susulan daripada itu, Polis Daerah Kluang telah menahan pemandu bas tersebut kira-kira jam 2.57 pagi bagi membantu siasatan.
Sumber: Instagram dianadanielle
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source