Pengasuh baru sehari jaga, pernah buat kes sebelum ini
Berita tentang bayi 8 bulan meninggal selepas dihantar ke Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak, Alor Gajah semalam benar-benar memilukan.
Pengurus akui pengasuh ada masalah & kes lampau
Menerusi laporan dari Malaysia Gazette, bapa kepada mangsa, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39 memaklumkan bahawa pengasuh wanita yang dipercayai menekup muka anaknya dengan bantal itu diakui bermasalah dan mempunyai kes lampau.
Bayi 8 bulan meninggal, baru kali pertama dijaga suspek
Perkara tersebut diketahui selepas mendesak pengurus Taska menceritakan kejadian sebenar menimpa anak sulungnya, Muhammad Al Fateh Amri yang berusia lapan bulan.
Ujarnya lagi, pengasuh wanita yang juga merupakan ibu kepada tiga orang anak itu baru pertama kali menjaga anaknya memandangkan pengasuh yang menjaga pada Isnin hingga Khamis bercuti pada hari tersebut.
Mula-mula dapat menerima panggilan telefon pukul 9 pagi, isteri, Sabrina Hakiem Zaini beritahu dia dimaklumkan anak mungkin jatuh tapi itu pun dia tiada kepastian.
“Bila saya sampai dari tempat bertugas di Kem Perdana, Sungai Besi Kuala Lumpur, saya desak pengurus taska supaya menceritakan hal sebenar.
“Selepas itu barulah dia akui memang pengasuh yang menjaga anak saya itu ada masalah dan pernah buat kes sebelum ini,” katanya
Artikel lain: 13 tahun tunggu zuriat, bayi meninggal lepas lima hari hantar ke taska
Bayi 8 bulan meninggal, CCTV tunjuk anak dibedung
Tambah Fikry lagi, bayi yang dinanti sejak 13 tahun itu menyatakan memang agak lasak memandangkan baru pandai merangkak, namun selama empat hari dijaga oleh pengasuh lain dia berada dalam keadaan baik sahaja.
Isnin sampai Khamis memang orang lain yang jaga anak dan pada hari kejadian si pelaku (suspek) menggantikan pengasuh asal yang bercuti.
“Anak saya memang lasak kerana baru pandai merangkak dan bila saya lihat sistem kamera litar tertutup (CCTV) taska ketika kejadian sekitar 8 pagi, mungkin dia tak suka keadaan itu dan bedung anak,” katanya.
Difahamkan, pengasuh berusia 34 tahun itu sudah ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Taska berkenaan kira-kira 3.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah memaklumkan yang suspek berasal dari Endau, Johor direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian bayi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) keranan membunuh.
Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source