Johan Ghazali Kacak Berbaju Melayu Di Sesi Media Antarabangsa! – “Sampai Ke US Pakai Baju Melayu…”
Sejuk mata memandang jaguh Muay Thai negara dan bintang One Championshop, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar dalam satu sesi temu bual dengan memakai tradisional orang Melayu.
ARTIKEL BERKAITAN: Mentaliti Johan Ghazali Jadi Aset Terpenting, Tidak Semua Atlet Ada – “Nama Saya Sendiri Bermaksud Johan..” – REMAJA
Johan yang mesra dengan panggilan Jojo tampil dengan penampilannya yang unik dan penuh dengan identiti Malaysia itu segera mendapat perhatian, terutamanya daripada peminat sukan tempatan dan antarabangsa.
Dalam satu hantaran di Instagram menerusi akaun @johanghazali_, Johan kelihatan segak dan penuh gaya menyarungkan busana baju Melayu lengkap.
Pakaian tradisional ini adalah daripada jenama tempatan terkemuka, Bulan Bintang, yang menambahkan lagi sentuhan istimewa pada penampilannya.
“Mewakili Malaysia dengan berbaju Melayu oleh @bulanbintanghq untuk hari media pada hari ini,” tulis Johan dalam hantaran Instagramnya.
“Sampai ke Amerika pun pakai baju Melayu. Semoga berjaya, Jojo!”
Melihat ke ruangan komen, ramai peminat dari Malaysia menyatakan rasa bangga mereka melihat bintang muda ini memakai pakaian tradisional negara di pentas antarabangsa. Pelbagai komen yang penuh dengan sokongan dan doa agar Johan berjaya dalam perlawanan akan datang membanjiri ruangan tersebut.
Terdahulu pada Oktober 2023, Jojo pernah mencipta sejarah setelah memperolehi kontrak One Championship bernilai USD100,000 atau RM463,300 sekaligus menjadi atlet tempur termuda yang pernah melakukannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source