“Emak rindu abang bas..”- Kakak kongsi perasaan ibu, adik paling sayang anak2 buah
“Emak rindu abang bas..”
Demikian luahan dikongsikan oleh salah seorang kakak kepada pemuda yang dikenali sebagai Abang Bas selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Muar hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu.
Difahamkan mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah mencium pipi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga merupakan anak suadaranya bagi maksud seksual.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 5 petang hingga 6 petang di dalam bas sekolah di Simpang Renggam dalam daerah Kluang pada April sehingga September 2024.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Berdasarkan akta tersebut, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebat untuk perbuatan tersebut.
Bagi pertuduhan kedua pula, Abang Bas dituduh telah memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang yang membawa maksud seksual dan kejadian itu berlaku antara pukul 5 petang hingga 6 petang di dalam bas sekolah di alamat sama, pada bulan ini.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan Amang Seksual Bukan Fizikal di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.
Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Emak rindu abang bas
Menerusi perkongsian di Facebook, kakak kepada Abang Bas dikenali Zarina Sari memberitahu ibunya merindukan adiknya kerana hubungan mereka amat akrab.
“Beberapa hari ini tak ada dah abang bas nak gomol gomol emak, baring dalam bilik emak sembang-sembang sambil selongkar bilik emak.
“Mana yang tak kena dimata dia (abang mas) suruh emak cepat-cepat buang, katanya ‘buat sampah je dalam bilik,”katanya.
Dalam pada itu, Zarina turut akui adiknya merupakan bapa saudara yang amat menyayangi anak-anak saudara baik yang kini sudah berusia 19 tahun mahupun empat tahun.
“Kakak-kakak yang selalu kena tinju, smack down ikut miang dia datang.. Allahu, abang bas pakcik terpaling sayang anak-anak buah dia.
“Dari anak buah yang sulung, sekarang dah meningkat remaja 19 tahun pun masih boleh bergurau, berkejaran satu rumah. Inikan pula 4 tahun,”coretnya di Facebook.
Dalam pada itu, dia juga menitipkan doa agar kekhilafan dan dosa-dosa adiknya diampunkan selain segala urusan pemuda itu dipermudahkan oleh-Nya.
Katanya lagi, biarpun ramai individu melemparkan kata-kata hinaan terhadap adiknya, namun berharap agar abang bas tetap istimewa disisi-Nya.
Hari ini, peguam Umar Zulkarnain yang mewakili tertuduh yang berusia 24 tahun merayu jaminan sebanyak RM50,000 yang dikenakan bagi setiap pertuduhan dikurangkan dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai gaji tetap kerana hanya bekerja sebagai pemandu bas sekolah.
Susulan itu, Hakim Sayani Mohd. Nor membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan bersetuju dengan syarat tambahan diminta pihak pendakwaan.
Beliau kemudiannya menetapkan tarikh 10 Oktober ini untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.
Artikel lain: Abang bas menangis, mengaku tidak bersalah atas 2 pertuduhan amang s*ksual kanak-kanak
Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawainya dari Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) mengambil tindakan tegas kepada individu tersebut.
Tindakan itu diambil selepas melihat hasil kandungan Abang Bas yang bertindak menyentuh bibir, mengusap kepala dan membetulkan tudung murid sekolah yang berada di dalam bas dipandu olehnya.
Sumber: FB Zarina Sari
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source