Gurauan KJ di konti kurang disenangi netizen, Johan enggan ulas, hanya jalankan tugas
Sejak pagi tadi, video gurauan KJ di konti telah mendapat perhatian ramai dan kebanyakan netizen kurang menyenangi tindakannya yang dikatakan memerli Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara tersebut menjadi heboh apabila ada sesetengah pihak menganggap gurauan berkenaan berlebihan memandangkan ia dikongsikan di media sosial radio terbabit sebelum dipadam.
Johan enggan ulas gurauan KJ di konti
Susulan daripada itu, memetik laporan dari Mstar, salah seorang penyampai radio yang ada bersama KJ atau Khairy Jamaluddin sewaktu mengumumkan ‘menifestonya’ jika memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH), Johan telah membuka mulut berkenaan isu terbabit.
Ujarnya, dia enggan mengulas lebih lanjut perkara itu kerana hanya bekerja dan pihak pengurusanlah yang perlu menjawab hal-hal tersebut.
“Saya hanya bekerja. Seharusnya isu itu pihak pengurusan yang jawab,” jelasnya.
Artikel lain: KJ seronok kerjaya sekarang, tiada keperluan kembali ke politik
Gurauan KJ di konti: Pihak pengurusan yang perlu jawab -Johan
Katanya lagi, dia hanya menjalankan tugas sebagai seorang penyampai radio, sama seperti tiga lagi penyampai yang ada bersamanya dan bertugas menghiburkan para pendengar.
“Saya hanya menjalankan tugas sebagai penyampai untuk hiburkan pendengar,” katanya.
Terdahulu, video sewaktu KJ mempromosikan diri untuk ABPBH bagi meraih undi sebagai Penyampai Radio Paling Popular 2024 telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing netizen bertelagah tentang caranya ‘bermenifesto’.
Ramai pihak menuduhnya menyindir PMX apabila menggunakan intonasi suara beliau sewaktu berkempen untuk pilihan raya.
Perkara tersebut menjadi semakin besar apabila ada sesetengah pihak mengatakan mahu memboikot stesen radio disebabkan isu berkenaan.
Sumber: Mstar (Farol Hadi)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source