Lelaki sengaja tendang kereta orang di parkir, ahli keluarga cuma tengok & gelak
Sejak semalam, tular di media sosial terutama Facebook tindakan seorang lelaki sengaja tendang kereta orang di parkir dan ahli keluarganya hanya melihat serta tergelak sahaja tanpa menegur perbuatan tersebut.
CCTV tunjuk kejadian tersebut
Menerusi perkongsian di Facebook milik pengguna dikenali sebagai Ty Tai, dia telah memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi keretanya di parkir.
Lelaki sengaja tendang kereta, lepas tu ‘bla’ macam tiada apa2
Ujar pengguna Facebook berkenaan, dia telah memakir kereta di Nexus Bangsar South pada 8 September lalu dan ahli keluarga berkenaan berjalan di hadapan kenderaan tersebut.
Secara tiba-tiba salah seorang daripada mereka telah menendang bahagian hadapan kereta sehingga lampu kecemasan terbuka.
Lelaki sengaja tendang kereta, ahli keluarga cuma tengok sahaja
Apa yang membuatkan Ty Tai bengang adalah tindakan dua lagi individu yang hanya melihat dan tertawa sebelum masing-masing berlalu pergi seakan tidak berlaku apa-apa.
Ujar pengguna Facebook itu, dia sudah membuat laporan polis walaupun tiada sebarang kerosakan terjadi di kenderaannya.
Dia juga menyertakan beberapa tangkapan layar rakaman CCTV menunjukkan wajah pelaku serta ahli keluarga yang lain.
Artikel lain: “Pemilik McLaren” -Sambut hari lahir, As’ad Motawh tayang kereta mewah
Dia tertinggal otak dekat toilet kot
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa geram dengan tindakan kurang bijak yang dilakukan lelaki terbabit kerana seperti tiada adab terhadap harta orang lain.
Rata-rata mereka meminta pengguna Facebook membuat laporan polis sekali lagi supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan diatas tindakan yang dibuat lelaki terbabit serta ahli keluarga yang membiarkan sahaja perilaku kurang sopan tersebut.
Macam adalah masalah otak pula perangai macam tu
Ada yang pernah alami hal sama
Anak dia OKU ke?
Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada keluarga lelaki sengaja tendang kereta orang tersebut walaupun netizen sudah berjaya ‘menggali’ beberapa info berkenaan mereka.
Tindakan yang dilakukan lelaki tersebut sememangnya tidak wajar dan ahli keluarga yang hanya melihat sahaja perilaku buruk itu tanpa menegur juga bersalah.
Sumber; Facebook Ty Tai
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source