Linda Onn tak setuju etika bahasa di radio sekarang, pernah kena tegur guna ayat ‘rojak’
Penyampai radio, Linda Onn tak setuju etika bahasa yang digunakan radio sekarang apabila sangat berbeza dengan apa yang dilalui sewaktu bekerja di radio terkemuka.
Ujar Linda, dia tiada masalah dengan pelakon ataupun pelawak yang menjadi penyampai radio kerana mungkin para pendengar yang mahukan keberadaan mereka.
Linda Onn tak setuju etika bahasa di radio sekarang, ayat campur aduk tak sesuai
Menerusi podcast You Syu’D Know, dia lebih risau dengan adab dan etika berbahasa penyampai radio masa kini apabila dilihat tidak menggunakan bahasa dengan sebetulnya.
“Saya bimbang dengan penggunaan bahasa. Dulu kalau saya cakap satu ayat dalam bahasa Melayu lepastu campur aduk dengan bahasa Inggeris, bos telefon ea,” ujarnya.
Linda Onn tak setuju etika bahasa di radio kini, pernah dimarah oleh majikan
Ujarnya, dia pernah terguna perkataan bahasa Inggeris dalam salah satu ayat yang dituturkan dan tidak semena-mena ditelefon oleh majikan.
Selain ditegur secara lisan, dia turut menerima amaran menerusi email kerana kesilapan tersebut dianggap berat bagi penyampai radio ketika itu.
“Sebab itu bahasa kita jaga. Tak boleh korang, diorang, aku, kau. Sebab kita tak tahu yang dengar kita ni menteri ke, perdana menteri ke, kolar biru, kolar putih….
“Jadi kita jaga tutur kata kita. Kalau saya termasuk satu perkataan bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu, alamak, akan kena telefon,” katanya.
Artikel lain: Linda Onn nafi pernah terima gaji penyampai radio RM45,000 sebulan -“Kalaulah bakatku dihargai dulu…”
Susulan daripada itu, dia banyak belajar dan menggunakan kata ganti nama diri dengan betul sewaktu sedang ke udara di radio.
Setuju dengan Linda Onn
Perkongsian penyampai radio terbabit telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet apabila rata-rata bersetuju dengan pendapat yang dinyatakan oleh Linda Onn.
Mereka merasakan adab dan etika bebahasa sesetengah penyampai radio pada masa kini kurang dijaga sehingga terlihat begitu santai.
Terbaik Linda atas pencerahan ni
Kena profesional dalam penggunaan bahasa walaupun santai
Walau bagaimanapun, Linda Onn menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat tentang penggunaan bahasa di radio tidak ada kena mengena dengan isu tular berkaitan satu stesen radio baru-baru ini.
Apa yang dinyatakan adalah dari temu bual menerusi podcast You Syu’D know itu telah dirakam pada malam Merdeka tempoh hari dan bukan respon kepada isu yang sedang diperdebatkan.
Sumber: TikTok You Syu’D Know, Instagram lindaonn7
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source