Zarina Anjoulie sifatkan netizen busuk hati, persoal rezeki ubah ciptaan Tuhan
Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie sifatkan netizen busuk hati apabila terdapat segelintir mereka mempersoalnya menerima bayaran bagi tawaran kerja untuk menjalani beberapa pembedahan plastik.
Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, aktres berusia 36 tahun itu dilihat hadir ke sebuah klinik estetik kecantikan dan kosmetik yang terletak di Damansara Perdana, di sini, hari ini bersama individu dipercayai teman lelakinya.
Difahamkan, pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul menemani teman lelakinya untuk membuat rawatan mencantikkan bentuk rahang.
Video berdurasi seminit 13 saat itu jelas memaparkan teman lelakiya sedang dirawat oleh pakar perubatan dan Zarina Anjoulie yang mesra disapa Anju setia menemaninya sepanjang rawatan.
“Jawline untuk my partner pula,”tulisnya ringkas.
Zarina Anjoulie sifatkan netizen busuk hati
Bagaimanapun, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganey di mana terdapat segelintir individu mempersoal keberkatan rezeki diterima pelakon kacukan Melayu, Scotland dan Iran menerima tawaran kerja sebegitu.
“Halal ke rezeki dari ubah ciptaan Allah ni? Dahlah untuk bayar yuran anak mengaji pula tu.
“Datang ke keberkatannya. Huhu, matlamat tak menghalalkan cara,”soal pengguna Instagram.
Tidak kurang juga ada yang berpendapatan punca rezeki Zarina Anjoulie sebenarnya datang daripada sokongan netizen.
Komen yang ditinggalkan oleh seorang individu itu telah menarik perhatian ibu tunggal berkenaan dan menyifatkan netizen tersebut busuk hati.
Artikel lain: Zarina Anjoulie buat hidung untuk beri kesedaran, bukan bangga tayang dosa
Terdahulu, Zarina Anjoulie baru sahaja selesai menjalani pembedahan plastik bagi membaiki benjolan pada bahagian hidung di Vietnam.
Maklumnya lagi, tujuan dia berkongsi hantaran tersebut bukanlah kerana mahu membuka aib sendiri di media sosial, sebaliknya hanya menjalankan tugas kerana sudah dibayar oleh pihak berkenaan.
Katanya, dia berbuat demikian hanya sekadar untuk mencari rezeki terutama membiayai pendidikan anak tunggalnya selain hanya berkongsi ilmu dan bukan berbangga mengubah ciptaan yang dilarang agama kerana ia adalah dosa.
Sumber: IG Zarina Anjoulie
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source