Fazura Disahkan Fail Cerai Daripada Fattah Pagi Jumaat, 13 September
Program realiti TV nyanyian popular, Big Stage secara rasminya kembali bersiaran bagi musim 5 secara langsung semalam dan ternyata, ia tidak mengecewakan.
Sempena konsert pertamanya pada 7 Mei, tirai Big Stage dibuka dengan pelbagai kejutan yang disediakan oleh pihak produksi Astro.
Tanpa disangka, hos tetapnya iaitu Elly Mazlein yang lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom telah digandingkan dengan seorang selebriti popular yang diterbangkan jauh dari Indonesia. Ia tidak lain tidak bukan ialah pelawak, penyanyi dan pengacara, Rina Nose!
Tampil dalam penampilan berhijab ala juri tetap Gegar Vaganza iaitu Hetty Koes Endang atau ‘Bunda Hetty’, Rina nyata mudah ‘masuk’ dengan konsep program Big Stage bagi menggantikan gandingan pengacara empat musim sebelum ini iaitu Alif Satar dan Sherry Alhadad.
Gandingan dua wanita hebat dari negara berjiranan itu telah mendapat sambutan meriah dari penonton yang tidak kering gusi melihat ragam mereka berdua di atas pentas.
Selain itu, komposer dan penyanyi, Ajai turut diperkenalkan semula sebagai juri tetap yang akan menggalas tugas selama sepuluh minggu bersama penyanyi terkenal tanah air, Aina Abdul.
Manakala bagi dua kerusi berlainan, Big Stage telahpun menjemput ‘Mas’ Lah Ahmad untuk berkongsi serba-sedikit cara bagi para peserta memperbaiki persembahan pentas masing-masing. Manakala, pelakon jelita Nora Danish pula dilantik sebagai Presiden Netizen yang membaca komen-komen menarik dan ‘pedas’ yang dilontarkan oleh warganet di laman media sosial.
Nampaknya, Nora benar-benar faham tugasan tersebut dan tidak pula memberikan komen panjang lebar kepada peserta seperti .. okay next!
Sedikit kelainan yang ditampilkan oleh Big Stage musim kelima ini hanya didedahkan pada akhir program di mana ia memperkenalkan sistem Imuniti X.
Menurut pihak produksi, juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul diberikan keistimewaan untuk menyelamatkan peserta yang mempunyai markah tercorot dalam kedudukan Bottom 3 daripada penyingkiran.
Namun, keputusan itu hadir dengan harga yang cukup mahal apabila mereka berdua harus mengganti peserta tersebut dengan menyingkirkan peserta lain daripada grup Bottom 3. Kejam? Well, bak kata Ajai sendiri; ia adalah format yang adil memandangkan cara pemarkahan pada musim kelima ini juga sudah berbeza.
50 peratus diadili berdasarkan teknik nyanyian masing-masing manakala 50 peratus lagi hadir daripada kreativiti persembahan peserta.
Nasib ternyata menyebelahi peserta dari Sigapura, Farhan Shah, yang terselamat biarpun dia mencatatkan markah terendah sebanyak 37%. Ini setelah sesi penyingkiran ditiadakan pada minggu pertama ini.
Di samping itu, gandingan duo Korea Selatan iaitu Hoondoo pula merangkul anugerah Dominasi Persembahan Terbaik (hasil pemilihan juri tetap) setelah berjaya menambat hati kesemua juri dengan persembahan memukau lagu OST K-Drama terkenal, Goblin.
ARTIKEL BERKAITAN: Big Stage 2023 Tampil Nafas Baharu! Ini Barisan Peserta Bakal Hiasi Pentas – REMAJA
Berikut merupakan senarai markah penuh peserta bagi konsert minggu pertama Big Stage:
- Hoondoo = 81%
- COEX = 78.67%
- Waode = 76.67%
- Naufal Azrin = 75.67%
- Aufahanie = 75.33%
- Putera Muhammad = 72.33%
- Nadeera Zaini = 71.33%
- Dem Lepak Boyz = 66%
- Firdaus Rahmat = 64%
- Puteri Khareeza = 62%
- Isaac Voo = 56.33%
- Meer Nash = 51%
- Farhan Shah = 37%
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
BACA LAGI: Aina Abdul Harap Peserta Big Stage 2022 Tidak ‘Hilang’, Terus Kerja Keras – REMAJA
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source