Kos operasi premis lebih cekap, jimat ruang
Pencemaran alam sekitar disebabkan plastik bukan satu perkara baharu, sebaliknya terus menjadi isu di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Tidak dapat dinafikan, penggunaan plastik sudah sebati dalam kehidupan seharian kita.
Kempen Botol Lestari
Namun, kita tidak seharusnya terus bergantung terhadap plastik sahaja. Jika diberi peluang untuk menggunakan bahan lain dalam kehidupan seharian, pasti terdapat alternatif lain.
Untuk makluman, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) juga sedang berusaha sedaya upaya bagi mengurangkan penggunaan plastik dalam penggunaan harian.
Foto hiasan
Menerusi satu laporan Astro Awani, menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad sedang dalam proses rundingan bagi mewujudkan satu dasar kebangsaan berhubung pengeluaran, penggunaan dan sisa plastik yang selaras dengan Perjanjian Plastik Global (GPT) 2022.
Susulan itu, Kempen Botol Lestari perlu dilaksanakan bagi mengelakkan penggunaan plastik botol terutama dalam perkhidmatan makanan dan minuman atau hospitaliti.
Mengapa isu penggunaan botol plastik ini ditekankan? Kempen Botol Lestari antara langkah kecil yang diambil untuk mengurangkan penggunaan plastik.
Foto hiasan
Seperti diketahui ramai, plastik mendatangkan pelbagai keburukan kepada alam sekitar kerana ia boleh menyebabkan pencemaran jika tidak dilupuskan dengan betul.
Kajian juga mendapati plastik memerlukan beratus-ratus tahun untuk dileraikan, menjadikan ia satu bahan yang berbahaya kepada hidupan lain.
Artikel lain: Sebelum ni dalam botol kicap! Pelanggan kecewa, dakwa dua kali dapat makanan berulat
Selain mencemarkan alam sekitar, plastik juga memberi kesan terhadap kos dan kecekapan operasi sesebuah organisasi. Kita ambil contoh mudah, sebuah premis makanan. Jika kita pergi ke mana-mana restoran, pastinya ada yang menyediakan botol air atau gelas plastik.
Ia memang memudahkan, namun perlu fikir kesan secara lebih mendalam. Restoran itu perlu membeli air dalam botol plastik untuk dijual dan perlu membeli gelas plastik.
Jika mengambil kira kos, sesebuah premis itu boleh menghabiskan sejumlah wang untuk membeli air dalam botol plastik dan gelas plastik dalam tempoh seminggu.
Malah, ia juga memakan ruang yang banyak untuk penyimpanan. Sudah semestinya setiap premis makanan mempunyai ruang penyimpanan tersendiri, jadi tidak mustahil pembelian air dalam botol plastik dan gelas plastik boleh menyebabkan berlaku kesempitan ruang.
Bukan itu saja, penggunaan botol dan gelas plastik juga memerlukan sesebuah premis itu untuk menggunakan tenaga kerja yang lebih bagi mengurus dan melupuskan sisa botol dan gelas plastik berkenaan.
Apa rasionalnya kita perlu mengurangkan penggunaan plastik? Untuk pengetahuan anda, Malaysia merupakan negara kelima tertinggi dunia yang mencemari laut dengan plastik.
Menurut penyedia perkhidmatan tenaga dari United Kingdom (UK), Utility Bidder mendedahkan Malaysia mencemari laut dengan 2.29 kilogram plastik perkapita setiap tahun.
Foto hiasan
Menurut organisasi itu juga, 2.29 kilogram sisa plastik itu bersamaan dengan 8.9 peratus sisa plastik yang disalah urus di negara ini.
Tidak cukup dengan itu, Malaysia turut menjadi negara ke-10 paling banyak melakukan salah urus sisa plastik perkapita dimana sisa plastik tidak dibuang atau dibuang di tapak pelupusan sampah yang tidak terkawal sehingga menyebabkan pencemaran laut.
Oleh itu, Nik Nazmi nekad melaksankan pengurangan sebarang bahan daripada plastik di negara ini. Ia bukan sahaja demi kelestarian alam sekitar, bahkan untuk kebaikan rakyat Malaysia.
Foto hiasan
Beliau berkata, Kementerian memberikan sokongan penuh terhadap GPT kerana ia akan membawa kepada pengurangan penggunaan plastik yang tidak perlu melalui peralihan adil.
Tambahnya lagi, sehingga kini Malaysia telah mengambil bahagian dalam empat pusingan rundingan antarabangsa mengenai GPT di peringkat Jawatankuasa antara Kerajaan (INC) untuk membangunkan instrumen antarabangsa yang mengikat secara sah mengenai pencemaran plastik.
“Sokongan di Malaysia lebih tinggi berbanding purata global iaitu 82 peratus, yang menunjukkan bahawa langkah ke arah kelestarian disokong oleh rakyat. Sesungguhnya ia merupakan prinsip teras agenda Malaysia MADANI,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source