SeeNi Dan Kliik Aplikasi ‘Hype’ Masa Kini! Buah Tangan Ideaktiv Buat ‘Digital Enthusiam’
SeeNi dan Kliik aplikasi ‘hype’ masa kini yang dicipta khas sebagai buah tangan dari Ideaktiv buat ‘Kaki game’, peminat animasi, E-sport, pencinta dan pencipta kandungan seperti anda!
Selain itu, dengan adanya aplikasi seeNi, pengguna dapat menikmati pengalaman interaktif secara dua hala dengan menyukai (Like), mengulas (Comment) dan berkongsi (Share) kandungan yang bertepatan dengan citarasa mereka.
Menariknya, SuperApp terbaru yang dibangunkan oleh Nu Ideaktiv, bertujuan untuk menyediakan pelbagai jenis kandungan termasuk artikel, video, podcast, dan siri seeNi Original.
Malah, dua aplikasi yang julungkalinya dibangunkan ini mengangkat tagline ‘Kartel Konten Lokal’ dan ‘Portal Komuniti Paling Padu’.
Lihat seeNi Dan Kliik Je Buah Tangan Ideaktiv Untuk Anda..
Bagi memastikan pengguna berpuas hati, Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim memberi nasihat awal kepada pencipta kandungan untuk mengutamakan kualiti berbanding kuantiti.
“Kita membayangkan kalau orang mahu lihat kandungan tempatan di Malaysia, mereka tidak lihat kepada Youtube tapi terus muat turun seeNi dan Kliik. Begitu juga orang luar, sama ada mereka di Indonesia atau di mana jua, mereka hanya muat turun aplikasi ini kerana inilah platformnya.
“Nasihat saya kepada pencipta kandungan pula ialah saya harap mereka jangan lupa kualiti kandungan bukan hanya terletak kepada jumlah tontonan dan tanda suka tapi yang penting ialah impaknya kepada masyarakat setempat,” katanya.
Lebih mengujakan, aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk menjadi pencipta kandungan, dalam masa sama dapat menjana pendapatan melalui platform ini.
Akses Aplikasi seeNi Dan Kliik Secara Percuma Hari Ini!
Oleh itu, para pengguna ‘digital enthusiasm’ kini boleh mengakses aplikasi ini secara percuma melalui muat turun menerusi Google Playstore, Apple App Store, dan Huawei AppGallery.
Untuk rekod, pelancaran aplikasi seeNi dan portal Kliik ini telah disempurnakan oleh Naib Presiden Kanan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Datuk Fadzli Wahit di Kuala Lumpur semalam.
Sekadar info, Nu Ideaktiv Sdn Bhd adalah sebuah syarikat tempatan yang terkenal dengan inovasi digitalnya telah melancarkan sebuah aplikasi yang menghimpunkan pelbagai jenis kandungan secara digital dan atas talian yang boleh diakses dimana sahaja menerusi aplikasi seeNi dan Kliik.
Jika anda mempunyai masa senggang, anda dijemput untuk berkunjung ke Festival Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) 2024: Level Up Play yang sedang berlangsung dari 13 hingga 15 September ini, bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Anda juga boleh lawati laman web rasmi Level Up Play di https://mydcf.my/play/ untuk merancang aktiviti dan merasai pengalaman menarik di festival ini.
Sebelum menghadiri festival, jangan lupa untuk download aplikasi seeNi dan Kliik terlebih dahulu untuk membuatkan anda dapat merasai pengalaman kandungan digital Malaysia di hujung jari tanpa sempadan!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source