Sokong kerjaya tukang gunting, Barber Expo & Salon Expo 2024 kembali lagi!
Peneraju penyokong komuniti tukang gunting rambut Malaysia, Retrobee Global Sdn Bhd membawa kembali Barber Expo & Salon Expo 2024 yang akan diadakan di Pusat Pameran, Pavilion Bukit Jalil pada 18 dan 19 September ini.
Ekspo ditaja oleh myBarber dengan kerjasama KSAcademy itu bakal menghimpunkan pemimpin industri, profesional dan peminat dari seluruh Asia untuk meraikan, mendidik dan berinovasi dalam sektor gunting rambut dan salun.
Kali ini, Barber Expo & Salon Expo 2024 menyediakan beberapa acara termasuk pertandingan yang boleh disertai oleh pengunjung.
Barber Expo & Salon Expo 2024 sokong kerjaya tukang gunting
Antara acara utama ekspo itu adalah bengkel yang bakal menampilkan pendidik terkenal di peringat antarabangsa iaitu Pengarah Hwan, John OP, Abby Chen dan Alan Beak.
Peserta akan mendapat akses eksklusif kepada bengkel hands-on dan seminar selain mendapatkan pandangan tentang trend terkini, teknin dan inovasi membentuk industri.
Selain itu, ia juga bakal mengadakan beberapa pertandingan iaitu Barberlympics 2024, World Barber Classic, Pertandingan Muvmen Shaggy Cut, Vossa Bob Cut; Pertandingan Mannequin dan Skull Republic Burst Face dengan Creative Top (Berkumpulan).
Artikel lain: BSN lancar BSN Care 50 Hari Memberi: Jalan-Jalan Selamat Hari Malaysia
Barber Expo & Salon Expo 2024 mempunyai 60 gerai yang akan mempamerkan alatan, produk dan perkhidmatan canggih serta menawarkan peluang mengenali jenama dan inovasi baharu dalam meningkatkan perniagaan.
Peserta juga dapat membina rangkaian apatah lagi dengan kehadiran golongan profesional, pemain industri dan persekitarannya yang direka untuk memupuk hubungan, perkongsian dan kerjasama untuk masa depan.
Malah, ekspo tersebut menawarkan hiburan dan persembahan dari tukang gunting terkenal yang akan menonjolkan kesenian dan kemahiran di atas pentas selain kehadiran penyanyi, Noh Salleh pada hari terakhir.
Selain menjadi platform dinamik yang memupuk pendidikan, penjenamaan dan rangkaian, ia juga meletakkan Malaysia sebagai hab pusat Asia bagi perhimpunan tahunan industri.
Peserta boleh menghadiri bengkel, pertandingan dan pameran yang meraikan kreativiti dan inovasi dalam sektor gunting rambut dan salun.
Dapatkan tiket sekarang di https://barbersalonexpo.asia/ atau pada hari acara.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source