JAKIM ambil serius, sahkan roti jenama Ikhwan tiada sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sahkan roti jenama Ikhwan tiada sijil halal yang sah, hari ini.
JAKIM dalam satu kenyataan di Facebook berkata, produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Perkara itu telah melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Artikel lain: “GISB banyak baiknya dari buruknya”- Betty Banafe minta netizen jangan cepat menghukum
Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal
Dalam hal itu, JAKIM sudah berhubung dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk mengambil tindakan penguatkuasaan segera.
“Sekiranya didapati berlaku penyalahgunaan logo atau sijil halal pada produk, pihak syarikat boleh dikenakan tindakan di bawah akta terbabit,” katanya.
Menurutnya, Akta Perihal Dagangan 2011 tersebut menetapkan semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.
“Melainkan ia diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa dan ditandakan dengan logo sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah terbabit,” katanya lagi.
Jelasnya, sebarang aduan berkaitan penyalahgunaan logo halal atau pemalsuan sijil pengesahan halal boleh dikemukakan kepada jabatan ini melalui email rasmi [email protected] untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: FB Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source