Wanita dikecam buat konten POV suami isteri dengan anak lelaki sendiri
Seorang wanita dikecam buat konten POV suami isteri dengan anak lelaki sendiri yang sudah meningkat remaja sehingga tidak disenangi ramai.
Menerusi perkongsian pengguna X dikenali sebagai ciraplaici, dia telah memuat naik beberapa video tentang seorang wanita yang menjadikan anak lelaki sebagai watak suami dalam Point Of View (POV) hal berkaitan rumah tangga.
Konten POV suami isteri, tapi dengan anak lelaki
Dalam beberapa video yang dikongsi, tindakan wanita itu dilihat kurang sesuai lebih-lebih lagi mengingatkan kita kepada kes Abang Bas yang tular baru-baru ini.
Tindakannya yang membuat konten seakan suami isteri bersama anak lelaki dilihat keterlaluan walaupun ia berniat sekadar suka-suka sahaja.
Artikel lain: Abang bas menangis, mengaku tidak bersalah atas 2 pertuduhan amang s*ksual kanak-kanak
Ibu tunggal buat konten POV suami isteri dengan anak
Beberapa video yang dikongsi kebanyakan berkisar tentang kehidupan suami isteri serta keluarga antara wanita tersebut serta anak-anaknya.
Difahamkan, wanita terbabit merupakan ibu tunggal yang membesarkan anak-anaknya sendirian.
Geli tengok macam ni
Menjengah ke ruangan komen pengguna X yang menularkan tentang isu tersebut, ramai yang kurang setuju dengan tindakan wanita itu membuat konten dengan menjadikan anak lelaki sebagai watak suami sehingga melakukan gurauan yang tidak sesuai buat mereka yang belum berkahwin.
Ada juga di antara netizen menggesa tindakan sama dikenakan terhadap wanita tersebut seperti yang terjadi kepada Abang Bas baru-baru ini.
Kan lagi elok buat konten masak2 dengan anak
Mak2 lebih baik jangan perangai macam ni
Macam mana nak jelaskan dekat anak masa buat konten macam ni?
Dalam pada itu, komen di akaun TikTok wanita tersebut juga kebanyakkannya menasihati untuk tidak membuat konten sebegitu kerana dilihat kurang sesuai lebih-lebih lagi remaja terbabit adalah anaknya sendiri.
Mereka bimbang tindakan yang awalnya sekadar suka-suka boleh menjadi isu besar sama seperti yang berlaku sebelum ini.
Kau dah kenapa kak buat konten POV suami isteri dengan anak?
Macam sama kes dengan Abang Bas
Terdahulu, kes Abang Bas yang menjadikan murid sekolah konten telah mendapat liputan meluas sehingga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menggesa pihak berwajib membuat laporan polis.
Abang Bas telah ditahan dan didakwa dengan beberapa pertuduhan melibatkan kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.
Sumber: X ciraplaici, TikTok
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source