Roma Kelapa rai para ibu sebagai nadi keluarga, bawa Lee Min Ho cipta kenangan manis bersama
Biskut kegemaran ramai, Roma Kelapa rai para ibu sebagai nadi keluarga dengan mempersembahkan kempen terbaharu mereka, ‘Mama Pilih Roma’ bersama selebriti terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho pada Sabtu lalu di Petaling Jaya.
Pengurus Negara Mayora Malaysia, Ng Kin Kok (KK Ng) berkata, ‘Mama Pilihan Roma’ menjadi pilihan sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih buat para ibu yang telah menjadikan biskut Roma Kelapa pilihan utama seisi keluarga.
Ia juga menghargai jasa para ibu yang laur biasa yang sentiasa berusaha mencipta detik-detik bahagia dan memupuk hubungan erat penuh bermakna bersama keluarga mereka.
“Kempen ini membuktikan komitmen Roma Kelapa untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan biskutnya yang lazat dan berkhasiat, diperbuat daripada kelapa asli.
“Kami percaya akan betapa pentingnya ikatan kekeluargaan dan dengan rasa unik kelapa kami, kami berhasrat untuk mencipta saat-saat indah yang dapat membuatkan kita berkumpul bersama keluarga,”katanya.
Roma Kelapa rai para ibu
Sebagai duta rasmi, kehadiran aktor Lee Min Ho yang terkenal dengan watak Gu Jun-Pyo menerusi drama Boys Over Flower sekali gus mencipta memori terindah buat para ibu dan tetamu yang hadir memeriahkan majlis itu.
Pemilihan Lee Minho yang dikenali dengan nilai kekeluargaan yang kuat amat tepat sebagai duta rasmi amat kerana ia selaras visi Roma Kelapa.
Melalui peraduan ‘Roma Wow! Bertemu Lee Minho’, sebanyak 1,000 peminat bertuah berpeluang untuk bertemu dan mencipta kenangan manis bersama aktor berusia 37 tahun ini.
“Kami sangat teruja kerana Lee Min Ho turut serta dalam kempen ini, di mana nilai-nilai beliau selaras dengan misi kamu untuk meraikan dan menghargai detik-detik bersama keluarga,”kata KK Ng lagi.
Kempen ‘Mama Pilih Roma’ bukan sekadar tentang menikmati biskut, tetapi lebih kepada menghargai setiap detik bermakna yang dicipta bersama ibu tercinta.
Sebagai tanda penghargaan, Roma Kelapa menyeru orang ramai untuk menghargai kasih sayang dan dedikasi ibu masing-masing kerana mereka merupakan nadi utama dalam menyemai ikatan keluarga.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, jangan lupa ikuti Roma Biscuits Malaysia di Facebook dan Instagram, atau layari laman web rasmi mereka di mayora.com.my.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source