Lagi banyak kebaikan, Elly Mazlein letak emoji & pilih sembunyikan wajah anak2
Selebriti serba boleh, Elly Mazlein letak emoji dan mengakui dirinya memilih untuk menyembunyikan wajah dua orang anaknya pada setiap hantaran foto dimuat naik di platform Instagram.
Pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, dia lebih selesa berbuat demikian.
Menurutnya, tindakan tersebut dibuat kerana berasakan lebih banyak kebaikan apabila tidak berkongsi foto anak-anaknya dalam media sosial.
“Saya memang memilih sembunyikan wajah anak dalam media sosial selagi mampu. Ini kerana saya hanya meletak emoji dalam Instagram sahaja,”katanya.
Elly Mazlein letak emoji
Bagaimanapun, aktres berusia 44 tahun itu tiada masalah dan tidak menyembunyikan wajah anak jika berada di tempat umum.
“Tetapi, kalau di luar (berjalan-jalan bersama keluarga) saya okay dan tak adalah anak-anak sampai kena pakai topeng. Memang di luar, ada orang yang terjumpa pasti akan menegur Sefhia sudah besar.
“Cuma, dalam media sosial sahaja tak ‘share’ (kongsi) sebab lagi banyak kebaikan,” katanya lagi.
Dia yang mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom berkata, perkara tersebut terpulang kepada ibu bapa masing-masing sekiranya mereka mahu berkongsi atau tidak foto anak dalam media sosial.
Ujarnya, setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiir untuk berkongsi mengenai anak-anak mereka, namun dirinya lebih selesa membiarkan dua zuriatnya berada di belakang tabir.
“Sebab, saya nak anak saya membesar seperti anak-anak yang lain. Macam kita dulu-dulu, dia bebas keluar dan tak dapat perhatian ramai. Saya nak anak-anak saya rasa begitu.
“Nanti, apabila sudah besar ikut kepada Sefhia sama ada nak ada akaun media sosial sendiri seperti IG, TikTok dan sebagainya,”ujar Elly Mazlein.
Dalam pada itu, Elly bersyukur kerana anak perempuannya, Putri Sara Sefhia Azmi faham dengan tindakannya apabila menjelaskan mengenai kebaikan dan keburukan terhadap sesuatu perkara.
Sekadar info, Elly mendirikan rumah tangga dengan seorang guru asal Kelantan, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Haider Mateen Mohamad Azlan pada Oktober 2021.
Sebelum ini, Elly juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai setahun selepas itu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 8.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source