Meerqeen sedih pernah diremehkan, impian dianggap terlalu tinggi oleh guru & rakan2
Pelakon meningkat naik, Meerqeen sedih pernah diremehkan apabila berkongsi hantaran di Instagram meluahkan apa yang dirasai tentang impiannya.
Menerusi Instagram, Meerqeen menyatakan guru serta rakan sekelasnya pernah memberitahu bahawa impian yang ingin diraih terlalu tinggi dan mungkin mustahil untuk dicapai.
Meerqeen sedih pernah diremehkan, patutnya mereka sokong
Ujarnya lagi, dia berasa sedih kerana sepatutnya individu-individu seperti itulah yang memberikan sokongan namun sebaliknya pula terjadi.
“Guru dan rakan sekelas saya pernah memberitahu saya bahawa impian saya terlalu besar, bahawa ia di luar jangkauan saya dan mustahil untuk dicapai.
“Sungguh menyedihkan mendengar keraguan seperti itu, terutamanya daripada mereka yang sepatutnya menyokong,” tulisnya.
Meerqeen sedih pernah diremehkan, kongsi visi dan kejayaan yang diraih
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 23, turut berkongsi beberapa gambar kejayaan-kejayaan yang diraih sepanjang bergelar selebriti dan turut memuat naik catatan visi yang dibuat pada tahun 2022.
Antaranya adalah untuk membuat simpanan sebanyak RM10, 00 sebulan serta memberi RM3,000 hingga RM5,000 kepada ibu bapa.
Dia juga sempat menitipkan kata-kata semangat kepada semua untuk tidak berputus asa dalam mencapai impian walaupun ia seakan mustahil untuk digapai.
“Kepada sesiapa yang pernah menghadapi keraguan yang sama atau diberitahu aspirasi mereka terlalu hebat, ingat ini, impian anda adalah cerminan potensi anda sendiri, bukan had yang ditetapkan oleh orang lain.
“Sahut cabaran, kekal dengan visi anda dan terus berusaha ke arah matlamat anda dengan keazaman yang tidak berbelah bahagi. Jalannya mungkin sukar, tetapi dalam menghadapi cabaran inilah kita menemui kekuatan dan keupayaan sebenar kita.
“Saya berharap semua orang berani untuk menentang keraguan dan mengejar impian mereka dengan semangat dan ketabahan, tidak kira betapa besarnya mereka kelihatan,” tulisnya.
Artikel lain: Meerqeen hanya idam trofi Oscar, anggap lebih ‘legit’ berbanding kemenangan lain
Doa terbaik buat Meerqeen
Perkongsian yang dibuat oleh Meerqeen telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata kenalan serta peminat mendoakan agar aktor berkenaan terus mencapai kejayaan.
Mereka juga meminta untuk pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu tidak memandang kebelakang lagi dan terus berusaha mengejar impiannya.
Terus melangkah dengan cara sendiri
Semoga terus sukses dan capai segala yang diimpikan
Terdahulu, Meerqeen pernah menyatakan bahawa impiannya adalah untuk menggenggam trofi Oscar kerana merasakan penghargaan tersebut adalah yang paling ‘legit’ berbanding anugerah yang lain.
Walaupun mengakui bahawa ramai yang menganggap ia sesuatu yang kelakar, namun tidak mustahil untuk dicapai jika dia terus gigih berusaha mengejar cita-cita tersebut.
Sumber: Instagram meerqeen
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source