Peguam minta kira duit siap2, keluarga Abang Bas mahu saman selebriti & netizen
Peguam minta kira duit siap-siap kerana pihak keluarga Abang Bas mahu mengambil tindakan undang-undang kepada pihak-pihak tertentu termasuklah selebriti kerana didakwa menimbulkan syak wasangka kepada pemuda terbabit sewaktu di ditahan.
Memetik laporan dari Berita Harian, Peguam secara probono, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menyatakan tindakan itu dibuat susulan pihak keluarga menerima kecaman hebat daripada warganet berikutan kes yang dihadapi Abang Bas.
Keluarga Abang Bas dikecam teruk di media sosial selepas penahanan
Ujarnya, pihak mereka sudah mengenalpasti individu-individu tersebut memandangkan selamat ini keluarga pemuda terbabit dikecam teruk di media sosial.
“Semuanya bergantung kepada subjek ahli keluarganya, sebab selama ini pelbagai kecaman dibuat di media sosial terhadap ‘Abang Bas’.
“Sudah tentu kita sudah mengenal pasti mereka…ramai, keluarga mengarahkan mereka (warganet) disaman,” ujarnya.
Artikel lain: Abang Bas bebas selepas bayar ikat jamin, menangis peluk ibu ayah
Keluarga Abang Bas nak ambil tindakan undang-undang
Oleh sebab itu, peguam menyarankan agar pihak-pihak berkenaan bersiap sedia mencari dana apabila ditahan kelak memandangkan sebelum ini Abang Bas telah dikecam tanpa belas ihsan sewaktu dalam tahanan.
“Pecahlah mana-mana tabung yang ada, kira siap-siap jadi senang nak kira nanti. Selama ditahan, dia dikecam tanpa belas ihsan,” katanya.
Masih ada peluang minta maaf kepada keluarga Abang Bas
Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan individu-individu berkenaan masih lagi diberi peluang untuk membuat permohonan maaf kepada ahli keluarga Abang Bas jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil.
Dalam pada itu, Zaharil juga menyatakan yang akan membantu mendapatkan semula bas sekolah pemuda terbabit yang disita pihak polis untuk siasatan lanjut.
Terdahulu, video tular memperlihatkan pemandu bas menggelar seorang penumpang bas yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.
Perkongsian tersebut telah mendapat kecaman ramai dan tidak sesuai sehingga boleh dianggap sebagai satu bentuk gangguan seksual kepada kanak-kanak.
Susulan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis mengenai satu hantaran yang tular di media sosial.
Sumber: Berita Harian (Alias Abd Rani)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source