Setiap Pasangan Ada Cabaran, Tak Perlu Team A Atau Team B, Deep Nasihat Umie Aida
Baru-baru ni, pelakon Datin Seri Umie Aida ada tampil memberikan pandangan berhubung isu hangat yang melibatkan pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Menurut Umie, masyarakat sekarang terlalu cepat untuk obses dalam memilih ‘team’ atau berpihak bila selebriti mengalami masalah rumah tangga. Perkara ni sebenarnya boleh memburukkan keadaan lagi.
Dalam satu video yang dikongsi melalui TikTok, Umie Aida atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 50, menasihati khalayak agar tidak terlibat dalam perbalahan yang tercetus di media sosial mengenai isu tersebut.
@umieaida_9InsyaAllah doa yang baik semoga segalanya berjln dgn baik buat mereka berdua. Sayanggggg Faz & Fattah ❤️
“Tak perlu nak ada team A atau team B. Cukup mendoakan yang baik-baik dan kita tak perlu masuk campur dalam ujian yang mereka lalui. Sayang Fattah dan Fazura.”
Umie juga mengingatkan bahawa setiap orang pasti akan diuji dalam kehidupan, dan penting untuk kita kawal percakapan kita. Bercakap tanpa fikir kesannya boleh menyebabkan pelbagai isu yang lebih besar.
“Ingat, kita sendiri pun ada ujian dalam hidup. Jadi, berhati-hati dengan kata-kata kita ya. Insya-Allah, semoga segalanya baik-baik sahaja buat mereka berdua.”
Bila orang terkenal macam Fazura dan Fattah alami masalah, memang ramai yang nak tahu apa yang jadi. Tapi sebagai masyarakat, tak semestinya kita perlu campur tangan atau pilih ‘team’ bila selebriti berdepan dengan isu peribadi. Tak semua perkara perlu dihakimi atau dijadikan bahan perbualan panas di media sosial.
Jadi, nasihat Umie ni memang patut kita ambil kira. Kita boleh jadi penyokong dari jauh, tanpa perlu terlibat dalam perdebatan atau menyebarkan cerita yang tak pasti. Lagipun, mereka juga manusia biasa yang sedang melalui cabaran hidup mereka sendiri.
Sumber: TikTok umieaidaoffical
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source