“Buang ego, bincang tanpa libatkan pihak ketiga”
Pelakon Norish Karman akui terkejut apabila mengetahui konflik rumah tangga yang dilalui oleh pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura, baru-baru ini.
Menurut laporan mStar, Norish atau nama sebenarnya Nor Ashikin Karman berharap pasangan tersebut berbincang untuk menyelesaikan kemelut terbabit tanpa campur tangan mana-mana pihak.
Norish Karman
“Sedihlah saya kalau Fattah dan Fazura tidak bersama lagi, sayalah antara yang akan berasa sedih. Saya agak terkejut kerana terlalu awal lah untuk dugaan ni sampai sebenarnya.
“Kalau pendapat saya sebagai orang yang pernah lalui, buang ego dan duduk bercakap tanpa pendapat sesiapa sebab perkahwinan ini antara dua orang sahaja.
“Tidak perlu kita bertanya seluruh dunia pendapat mereka, kalau paling tinggi kita nak tanya mungkin mahkamah. Apa perjalanan untuk membaiki keadaan,” katanya.
Artikel lain: Fazura mohon dilepaskan secara baik, tarikh sebutan permohonan belum ditetapkan
Kata Norish yang pernah melalui episod hitam dalam perkahwinan, dia sentiasa mengalu-alukan pasangan tersebut menghubunginya untuk mendapatkan nasihat serta pandangannya.
Norish Karman
“Nak saya cakap ni pun dada saya jadi sedih sebab walaupun saya melalui perkahwinan yang diakhiri dengan penceraian tapi saya langsung tak suka tengok orang lain bercerai.
“Saya tahu kesilapan saya lalu, bagaimana peritnya bercerai. Kalau mereka tu semua kalau boleh telefon lah saya bincang, mungkin saya akan halang bercerai,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon drama Astana Idaman itu turut menitipkan nasihat orang orang ramai supaya tidak mempamerkan kebahagiaan masing-masing di media sosial.
Terdahulu, Fazura memfailkan penceraian terhadap Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Jumaat lalu.
Difahamkan, permohonan berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atau bercerai secara baik.
Sumber: TikTok @mStar
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source