Pengarah JSJ akui jijik dengan penemuan siasatan kes GISBH
Pengarah JSJ akui jijik dengan penemuan siasatan kes GISBH walaupun menegaskan bahawa pihaknya tidak dapat mengulas lebih lanjut berhubung isu tersebut kerana masih lagi dalam siasatan pihak polis.
Memetik laporan dari Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan dirinya tidak boleh bercakap banyak dan hanya memberikan komen ringkas.
Pengarah JSJ akui jijik dengan penemuan kes libatkan GISBH
Kenyataan yang diberikan Suhaily itu susulan menjawab pertanyaan sewaktu disoal tentang siasatan kes Op Global yang membabitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan).”
Seperti biasa, saya tak boleh bercakap banyak (mengenai kes ini) dan saya pun tak akan komen banyak (sebab kes dalam siasatan),” ujarnya.
Pengarah JSJ akui jijik, tapi tak boleh ulas banyak
Beliau yang ditemui di sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkaitan perkembangan siasatan Op Global di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur memaklumkan tidak dapat berkongsi lebih namun reaksi wajah menunjukkan betapa kesal dengan apa yang berlaku jika ia terbukti benar.
“Apa yang saya boleh cakap hanyalah… kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan). Itu saja, terima kasih,” katanya.
Artikel lain: Staf restoran GISBH bersumpah nafi tuduhan letak air rendaman janggut dalam makanan
KPN dedah 13 mangsa diliwat, Pengarah JSJ akui jijik dengan kes libatkan syarikat tersebut
Terdahulu, Tan Sri Razarudin mendedahkan bahawa 13 daripada keseluruhan kanak-kanak yang menjadi penghuni rumah perlindungan yang diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Global pada 11 September lalu disyaki diliwat.
Ia susulan saringan perubatan dijalankan terhadap penghuni 20 rumah perlindungan dikaitkan dengan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan.
Seramai 402 kanak-kanak berusia setahun hingga 17 tahun telah diselamatkan menerusi Op Global berkenaan selepas mengesyaki rumah-rumah pelindungan berkenaan melakukan pengabaian, penganiayaan dan eksploitasi ke atas kanak-kanak tersebut.
Pihak berkuasa turut menahan 171 individu terdiri daripada kakitangan, pengurus dan ustaz di rumah amal berkenaan sebelum 159 daripadanya direman antara empat hingga tujuh hari bagi membantu siasatan.
Sumber: Berita Harian (Noor Azizah Mokhtar)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source