Cemburu Dengan Kulit Wardina Anuar? Rahsianya Terletak Pada Serum Terbaru Daripada Wardah Ini
Pemilihan 30 finalis pertandingan ratu cantik Miss Universe Thailand (MUT) yang berlangsung hujung minggu lalu bertukar dramatik setelah berlakunya pertukaran peserta.
Terdahulu, organisasi MUT telahpun melangsungkan pusingan uji bakat melibatkan 45 peserta. Menerusinya, mereka hanya memilih 30 peserta untuk dijadikan sebagai finalis akhir. Pusingan tersebut memerlukan setiap peserta memberikan pandangan bernas mereka terhadap satu kata kunci yang dipilih secara rawak.
Di bahagian panel jurinya pula, ia terdiri daripada kelompok profesional serta empat bekas juara MUT termasuklah Anchilee Scott-Kemmis (MUT 2021), Amanda Obdam (MUT 2020), Maria Poonlertlarp (MUT 2017) dan Chalita Suansane (MUT 2016).
Lalu, 30 finalis yang dipilih bagi edisi MUT 2022 ini diyakini bijak, mempunyai skil komunikasi yang baik dan mampu ‘beraksi’ di bawah tekanan.
Begitupun, peminat dunia ratu cantik dikejutkan dengan ketiadaan salah seorang peserta kegemaran mereka yang gagal meloloskan diri ke kelompok Top 30. Peserta dimaksudkan ialah ‘First’ Patraporn Wang yang merupakan juara Miss Intercontinental 2014 dan pernah melayakkan diri sebagai finalis Top 5 Miss Universe Thailand 2019.
Biarpun kegagalan Patraporn menyertai kelompok Top 30 ini mencetuskan perdebatan, jelas gadis berketinggian 180cm ini agak cemas semasa berdepan pusingan uji bakat yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube MUT itu.
Menurut penonton dari Thailand lagi, Patraporn turut melakukan kesilapan mendedahkan namanya sewaktu berada di belakang tirai; peraturan yang diberikan organisasi adalah untuk menjawab tanpa mendedahkan identiti diri agar juri boleh menilai kecerdasan pemikiran peserta dan mengenepikan rupa fizikal terlebih dahulu.
Patraporn menerusi akaun Instagram-nya meluahkan kesedihan dek kerana impiannya yang berkecai di peringkat awal. Namun, dia segera menerima nasibnya ini malah kelihatan telah ‘move on’ dengan melibatkan diri dalam sebuah projek berasaskan kecantikan.
Tidak sampai sehari keputusan Top 30 diumumkan, MUT kembali dengan kejutan dan mengumumkan peserta bernombor MUT06 yang dikenali sebagai Kanokwan Chusuk terpaksa disingkirkan disebabkan statusnya sebagai seorang guru. Sebagai info, Thailand menerapkan satu peraturan sejak tahun 1961 di mana seorang guru tidak dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik.
Justeru lewat malam tadi, Patroporn diumumkan sebagai peserta MUT31 dan diserap masuk untuk mengenapkan jumlah finalis menjadi 30 orang.
ARTIKEL BERKAITAN : Baru Berusia 18 Tahun, Pelajar Jurusan Pemasaran Dinobat Miss World Puerto Rico 2022 – REMAJA
Tinjauan REMAJA pada bahagian komen dan halaman pencinta dunia ratu cantik mendapati tidak semua orang bersetuju dengan penyerapan semula ini.
Mereka mempersoalkan mengapa identiti Kanokwan Chusuk tidak dikenal pasti terlebih dahulu sebelum sesi uji bakat. Malah, ada juga inginkan kepastian sama ada Patraporn Wang benar-benar menduduki tangga peserta ke-31 terbaik ataupun ini sekadar stun publisti semata. DRAMA!
Biarpun begitu, masih ramai menyokong penyerapan Patraporn ini kerana beranggapan gadis tersebut mampu mengubah landskap dunia ratu cantik di Thailand.
Berbekalkan pengalaman, skil persembahan di atas pentas dan kecantikan yang dimilikinya, tidak dinafikan Patraporn kini membayangi kehadiran 29 finalis MUT 2022 yang lain dan tidak mustahil juga untuknya menebus kekecewaan awal ini dengan memenangi gelaran Miss Universe Thailand 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source