Malu-malu nak beri cincin, kakak Adira Suhaimi minta Datuk Red tak rendah diri
Kakak Adira Suhaimi, Emma Suhaimi minta Datuk Red tidak terlalu merendah diri apabila melihat bekas adik iparnya itu malu-malu ketika menaiki pentas bagi memberikan cincin kepada penyanyi berkenaan sewaktu gimik pelancaran produk.
Beri cincin sewaktu majlis pelancaran
Menerusi siaran langsung Emma dan Datuk Red di TikTok, mereka telah mengeluar situsi dihadapi sewaktu majlis pelancaran berkenaan apabila Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu menjadi salah satu gimik dengan membawa cincin kepada bekas isterinya.
Kakak Adira Suhaimi minta bekas adik ipar tak terlalu rendah diri
Kakak Adira Suhaimi menduga bahawa Datuk Red berasa sedih sewaktu usahawan itu menjelaskan cincin yang dibawa sewaktu majlis pelancaran tersebut bukanlah dibeli olehnya.
Dia meminata bekas suami Adira itu untuk tidak merendah diri kerana kehadirannya di pentas mendapat banyak sambutan.
“Kau sedih kan sebenarnya?
“Jangan lah terlampau merendah diri Nan (Adnan). Kau tahu tak, majlis mereka tu dapat lagi banyak sambutan sebab kau punya kehadiran. Sebab kau muncul di atas pentas tu, viral Miragold malam ni. Sudah-sudahlah merendah diri,” katanya.
Datuk Red beritahu dia malu dekat kakak Adira Suhaimi
Menurut Datuk Red, dia malu kerana tidak mampu membelikan cincin kepada Adira dan hanya membawa sahaja ke pentas.
“Malu, cincin tu saya bawa je bukan saya yang beli,” kata Datuk Red.
Adira tak tak mahu perlukan apa2, cuma masa
Disebabkan itu, Emma menjelaskan bahawa adiknya sama sekali tidak memandang sebarang pemberian dan hanya mahukan masa serta sokongan sahaja daripada lelaki tersebut.
“Kau tak perlu bagi apa-apa, kau bagi masa sahaja pada Ami (Adira) sudah cukup. Ami pun cakap dia tak nak apa-apa dari kau, dia nak masa dan kerjasama kau saja.
“Emas pun dia tak mahu, dia dah ada emas. Kau jangan merendah diri di sana. Nampak sangat kau sedih, nampak kau tak selesa,” ujarnya lagi.
Artikel lain: Adira pakai emas atas tuntutan kerja, bukan menunjuk tapi tanggungjawab
Family Adira selalu ada dengan Datuk Red
Rakaman siaran langsung yang dikongsikan semula oleh pengguna TikTok dikenali sebagai putehhhx itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata bersetuju dengan apa yang dinyatakan Kakak Adira Suhaimi.
Mereka juga menyedari bahawa keluarga Adira cukup menyokong Datuk Red dan sentiasa positif walaupun usahawan itu pernah sedang melalui zaman kejatuhan.
Adik beradik selalu menyokong
Bagus Emma macam ni
Terdahulu, Datuk Red telah naik ke atas pentas sewaktu Majlis Pelancaran Miragold x Siti Adira bagi memberikan cincin kepada Adira untuk disarungkan ke jarinya.
Gimik tersebut telah mendapat perhatian lebih-lebih lagi apabila mereka dikhabarkan bakal berkahwin semula pada tahun hadapan.
Sumber: TikTok putehhhx
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source