Uyaina tak akan minta maaf, belum terima sebarang LOD
Pengacara terkenal, Uyaina tak akan minta maaf kepada Abang Bas demi menengakkan kebenaran dan mengakui belum menerima sebarang surat tuntutan (LOD).
Memetik laporan dari Berita Harian, Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad menyatakan isu Abang Bas yang didakwa melakukan gangguan seksual kepada kanak-kanak sangat berat sehingga menjadi kerisauan terutama dalam kalangan ibu bapa.
Tak terima sebarang LOD
Ujarnya, bukan dia sahaja yang tampil bersuara, tetapi ramai lagi seperti doktor, peguam dan masyarakat yang cakna tampil mengulas isu tersebut.
“Setakat ini, saya tak terima apa-apa notis tuntutan mahkamah. Saya pun tidak ada melakukan provokasi. Masyarakat kita secara umumnya sudah cakna dan mula faham mengenai isu ini apabila ramai mula bersuara.
“Bukan hanya selebriti, malah peguam, doktor dan masyarakat turut bersuara. Segala ugutan dan gertakan diterima, saya rasa okay sahaja,” katanya.
Uyaina tak akan minta maaf, tidak pernah cakap seseorang tu bersalah selagi tak dibuktikan
Walau bagaimanapun dia mengakui tidak bermasalah dengan sebarang gertakan di media sosial dan pernah memberitahu bahawa seseorang belum disabitkan dengan kesalahan jika belum terbukti bersalah.
“Mungkin ada segelintir masyarakat yang terus menjatuhkan hukuman kepada seseorang. Saya pernah bercakap, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah,” katanya.
Artikel lain: Diminta bersiap masuk penjara, Uyaina beri ilmu baru tentang proses ‘saman malu’
Uyaina tak akan minta maaf, sedia berdepan tindakan
Uyaina tak akan minta maaf dan bersedia dengan apa sahaja tindakan demi menegakkan kebenaran memandangkan dia bercakap menggunakan fakta.
Pengacara program Wanita Hari ini berkenaan turut mengakui bahawa ramai peguam tampil menghubunginya bagi menawarkan khidmat guaman jika menerima saman daripada pihak keluarga Abang Bas.
“Saya takkan minta maaf dan sedia berdepan apa sahaja tindakan demi menegakkan kebenaran kerana apa yang saya suarakan berdasarkan fakta.
“Sebenarnya ramai peguam menghubungi saya untuk menawarkan perkhidmatan guaman sekiranya saya menerima surat saman.
“Mereka mahu membela, tetapi saya tidak melihat itu sebagai matlamat utama. Kalau saya terima apa-apa surat, saya fikirkan yang terbaik untuk membuat keputusan dengan nasihat peguam,” jelasnya.
Terdahulu, Uyaina Arshad telah dikecam di media sosial terutamanya di TikTok susulan video ulasannya berkenaan kes Abang Bas yang didakwa merakam video pelajar sekolah rendah di mana perbuatannya dianggap tidak sepatutnya.
Disebabkan itu, keluarga kepada pemuda tersebut bercadang mahu menyaman Uyaina dan beberapa individu lain kerana mendakwa mendatangkan syak wasangka kepada Abang Bas sehingga dia dikecam teruk sewaktu ditahan reman.
Sumber: Berita Harian (Affan Rostam)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source