Polis gempur markas GISBH, kanak-kanak tular dirotan berjaya diselamatkan
Kanak-kanak tular dirotan oleh seorang lelaki dipercayai ahli GISBH telah diselamatkan susulan Op Global yang dijalankan pihak polis sewaktu menggempur markas organisasi berkenaan.
Markas digempur polis
Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan seramai 155 individu termasuk 77 wanita yang disyaki terlibat dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) ditahan dalam Op Global di Semenanjung Malaysia pada hari ini.
“Kesemua tangkapan telah dibawa ke formasi masing-masing dan disiasat dibawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan migran 2007,” katanya.
kanak-kanak tular dirotan berjaya diselamatkan
Beliau juga memberitahu bahawa seramai 186 orang mangsa terdiri daripada 102 lelaki dan 84 wanita telah berjaya diselamatkan termasuk seorang kanak-kanak yang tular di media sosial sedang dirotan oleh seorang lelaki dipercayai ahli GISBH baru-baru ini.
“Kita bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjaya membuat beberapa rampasan termasuk risalah mengandungi elemen-elemen yang dipercayai bercanggah dengan ajaran agama Islam serta barang khurafat,” katanya.
Artikel lain: Tiada dokumen sah, nasab anak2 GISBH akan ditentukan oleh mahkamah syariah negeri
Kanak-kanak tular dirotan diselamatkan bersama 186 mangsa lain
Difahamkan, kesemua individu itu ditahan menerusi serbuan di 82 premis melibatkan rumah amal, klinik premis perniagaan, ma’ahad dan rumah persendirian.
Seramai 2,528 pegawai dan anggota polis serta 1,273 kakitangan termasuklah agensi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jakim, Jabatan Kimia dan Jabatan Pendaftaran Negara terlibat dalam fasa 4 Op Global berkenaan.
“Melalui operasi yang dijalankan juga, kita mendapati beberapa premis yang diserbu telah kosong dipercayai ahli GISBH telah melarikan diri.
“Mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk tampil membuat laporan di balai polis berhampiran bagi melengkapkan siasatan,” ujarnya.
Terdahulu, satu video tular memperlihatkan kanak-kanak yang memakai pakaian seragam berwarna hijau dirotan dengan kasr oleh seorang lelaki dipercayai ahli GISBH.
Video berkenaan dipercayai diperoleh dari media sosial GISBH dan jelas memperlihatkan kanak-kanak tersebut menahan kesakitan apabila dirotan berulang kali.
Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source