“Saya yakin Abang Bas tak berniat seperti digembar-gemburkan” -Abby Abadi
Selebriti wanita, Abby Abadi yakin Abang Bas tak berniat seperti digembar-gemburkan di media sosial susulan perkongsian usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida yang memuat naik video mengakui sebak melihat nasib pemuda tersebut.
Dalam komen yang ditinggalkan Abby di posting DSV, dia menyatakan bahawa dirinya mempunyai pendapat yang sama dengan usahawan tersebut berkaitan isu Abang Bas.
Abby Abadi yakin Abang Bas tak berniat seperti yang didakwa
Ujarnya, dia yakin bahawa Abang Bas tidak berniat melakukan hal seperti yang didakwa di media sosial, namun ramai pula yang berprasangka buruk terhadapnya.
“Saya yakin Abang Bas tak berniat seperti digembar gemburkan. Cepat sangat sesetengah pihak tu berprasangka,” tulisnya.
Abby Abadi yakin Abang Bas tak berniat, ramai yang berprasangka kepadanya
Walau bagaimanapun, pemilik nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan berharap Allah S.W.T dapat membantu menyelesaikan kes melibatkan Abang Bas sebaiknya.
Artikel lain: DSV rasa kasihan, menangis lihat video Abang Bas peluk ibu lepas diikat jamin
Komen Abby Abadi disetujui beberapa orang
Komen yang ditinggalkan oleh Abby Abadi itu telah mendapat respon daripada beberapa warganet yang turut bersetuju dengan pendapat pelakon tersebut.
Kita boleh tengok orang yang sayang budak dengan gatal
Riak wajah Abang nampak ikhlas
Terdahulu, Dato Seri Vida telah berkongsi video sambil menangis apabila memberi pendapat bahawa tindakan yang dibuat Abang Bas mungkin tidak berniat jahat susulan melihat daripada gerak badannya yang cukup menyayangi budak-budak.
Dia juga sebagai seorang ibu tersentuh sewaktu melihat Abang Bas meluru memeluk ibunya selepas diikat jamin susulan dua pertuduhan melibatkan dakwaan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Sumber: Instagram datoservida, abbyabadi_112
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source