Sempat lagi melaram! Penampilan MUA Bellaz ketika redah banjir dipuji ramai
Penampilan MUA Bellaz ketika redah banjir dipuji ramai keranasempat lagi melaram sakan walaupun kawasan rumah sedang dilanda air bah.
Juru solek terkenal itu telah berkongsi beberapa gambar serta video di media sosial dengan memperlihatkan penampilannya yang ‘vogue’ sewaktu menaiki kenderaan meredah banjir bagi keluar ke kawasan pekan.
Penampilan MUA Bellaz dipuji cantik, cuma mahu ke pekan
Ujarnya berseloroh, walaupun dalam situasi banjir, penampilan dan Outfit Of The Day (OOTD) jangan dilupakan apabila tetap mengenakan solekan serta kasut tumit tinggi.
Menurutnya, dia kebetulan mahu ke kawasan pekan dan mengambil keputusan untuk tampil bergaya.
“Walaupun Ayaq bah (banjir), OOTD jangan dilepaskan. Alang-alang nak keluaq pi pekan sat tadi ..dan lagi cek OOTD,” tulisnya.
Penampilan MUA Bellaz cantik, tapi suami tak bersiap sebab bantu orang kampung
Namun begitu, suaminya memilih pakaian biasa sahaja kerana mengambil peluang menghulurkan bantuan dengan berulang alik mengambil penduduk kampung keluar dari kawasan banjir jika ingin ke mana-mana susulan kenderaan mereka yang lebih tinggi.
Mat Nuart tak boleh menyegak sebab dia driver ulang alik ambik orang dalam Kampung ..eheh sebab kereta dia tinggi. Lepas sikit masuk keluaq kampung ..
Harini air makin naik dari semalam …” ujarnya lagi.
Artikel lain: Ditegur peminat, MUA Bellaz mohon maaf & berhenti keluarkan kartun keychain wajah anak
Banjir tak banjir tetap meletop!
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji penampilan MUA Bellaz atau nama sebenarnya, Nur Nabilah Zulyadaini yang cukup cantik.
Ada juga yang mengatakan pasangan suami isteri ini dilihat terus murah rezeki susulan tindakan mereka yang ringan tulang serta tidak kekok dalam membantu orang lain.
Semoga dipermudahkan. Banjir2 pun kena maintan lawa
Macam YB melawat kawasan
Sejenis ringan tulang tak kekok bantu orang lain
Terdahulu, mangsa banjir di Kedah dikhabarkan mengalami peningkatan apabila beberapa daerah terus dinaiki air.
Beberapa Pusat Pemindahan Sementera (PPS) telah dibuka di beberapa kawasan seperti Kubang Pasu, Pendang, Pokok Sena, Kuala Muda dan Bandar Baharu.
Difahamkan,banjir yang terjadi disebabkan fasa Peralihan Monsun yang bakal bermula pada 24 September 2024 di kebanyakan kawasan barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.
Sumber: Instagram MUA Bellaz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source