Terengganu ikuti langkah Perlis, fatwakan GISBH sebagai ajaran sesat
Negeri Terengganu ikuti langkah Perlis dengan menfatwakan GISBH sebagai ajaran sesat susulan bukti-bukti yang telah dibentangkan berkenaan beberapa isu yang sedang tular sejak kebelakangan ini.
Memetik laporan dari Harian Metro, Mufti Terengganu Datuk Dr Mohamad Sabri Haron memaklumkan yang Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu akan mengeluarkan fatwa itu berdasarkan bukti-bukti jelas yang menunjukkan organisasi itu mengandungi unsur ajaran sesat.
“Kita akan fatwakan GISBH sebagai sesat juga berdasarkan bukti-bukti yang jelas, namun biasanya pihak Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan putuskan lebih dahulu sebelum dibawa ke negeri masing-masing,” ujarnya.
Terengganu ikuti langkah Perlis, fatwakan sesat tanpa ragu2
Walau bagaimanapun, Mohamad Sabri menyatakan menerusi bukti-bukti yang telah dinyatakan oleh pihak berautoriti, maka ia pastikan akan difatwakan sesat tanpa perlu ragu-ragu lagi.
“Apabila sudah ada bukti-bukti yang kukuh yang dibentangkan oleh pihak-pihak yang tertentu yang berautoriti berkaitan GISBH, maka sudah tentu akan juga difatwakan sesat tanpa perlu was-was lagi,” katanya.
Artikel lain: Perlis jadi negeri pertama, isytihar GISBH kumpulan ajaran sesat
Terengganu ikuti langkah Perlis, walaupun GISBH kurang ketara di sana
Dalam pada itu, beliau ada memberitahu bahawa gerakan Syarikat Perniagaan Global Ikhwan Service and Holding ini kurang ketara di Terengganu, namun pihak mereka tetap memandang serius.
“Di Terengganu, gerakan ini tidak begitu ketara dan tidak ada aduan serius untuk dibawa ke fatwa peringkat negeri.
“Apabila ada aduan serius di peringkat kebangsaan, maka biasanya ia akan dibincangkan di peringkat MKI terlebih dahulu sebelum diputuskan oleh setiap negeri,” katanya.
Terdahulu, Perlis telah menjadi negeri pertama yang mengisytiharkan organisasi tersebut sebagai ajaran sesat.
Menurut, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin fatwa tersebut dikeluarkan apabila terdapat bukti-bukti yang meyakinkan bahawa organisasi tersebut menyebarkan ajaran sesat dan merupakan kesinambungan daripada Al-Arqam yang telah difatwakan sesat.
Sumber: Harian Metro (Zatul Iffah Zolkiply)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source