Hidung baharu tak sesuai, Zarina Anjoulie rancang buang implan hujung tahun ini
Hidung baharu tak sesuai dengan penampilan, selebriti sensasi Zarina Anjoulie atau mesra disapa Anju sudah mempunyai perancangan untuk membuang implan berkenaan pada hujung tahun ini.
Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul berkata, dia bukanlah tidak berpuas hati dengan hidung baharu yang ditaja, sebaliknya merasakan sudah tidak serasi dengan penampilan asalnya.
“Sebenarnya saya rasa rupa yang baru ini bukanlah diri saya yang sebenarnya.
“Nanti dalam hujung tahun, kalau sudah bosan saya buka implan pada hidung ini dan kembali ke bentuk asal.
“Bukanlah hidung baharu ini tak cantik, mereka buat cantik dan saya suka dengan hasilnya. Cuma, saya rasa ini bukan diri saya,”katanya.
Hidung baharu tak sesuai
Menurut aktres berusia 37 tahun, dia melakukan pembedahan implan pada hidung bukan kerana tidak senang dengan bentuk asal, tetapi dibayar untuk reviu.
Dia juga menerima segala kecaman dengan hati terbuka selepas berkongsi proses ‘mendapatkan’ hidung baharu di sebuah estetik di Vietnam, baru-baru ini.
“Jika tidak dibayar tidaklah saya tadah hidung di sana. Prosesnya dalam dua jam saya ditidurkan. Selepas sedar proses jahitan agak sakit.
“Sekarang pun saya masih dalam proses pemulihan,”kataya lagi.
Artikel lain: Zarina Anjoulie sifatkan netizen busuk hati, persoal rezeki ubah ciptaan Tuhan
Nasihatnya, mereka yang berminat hendaklah berjumpa dengan doktor yang diiktiraf dan elakkan diri daripada menjadi mangsa oleh juru kecantikan tidak bertauliah.
“Kalau bukan sebab saya pun orang tetap akan pergi buat pembedahan kecantikan dan ramai yang ditipu sampai perlu buang payudara dan pelbagai komplikasi lain,”katanya lagi.
Terdahulu, Zarina Anjoulie baru sahaja selesai menjalani pembedahan plastik bagi membaiki benjolan pada bahagian hidung di Vietnam.
Maklumnya lagi, tujuan dia berkongsi hantaran tersebut bukanlah kerana mahu membuka aib sendiri di media sosial, sebaliknya hanya menjalankan tugas kerana sudah dibayar oleh pihak berkenaan.
Katanya, dia berbuat demikian hanya sekadar untuk mencari rezeki terutama membiayai pendidikan anak tunggalnya selain hanya berkongsi ilmu dan bukan berbangga mengubah ciptaan yang dilarang agama kerana ia adalah dosa.
Sumber: Kosmo! Online (Haryati Karim)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source