Empat hari tak balik rumah, lelaki ditemui maut tertimbus semasa cari emas
Seorang lelaki ditemui maut tertimbus semasa mencari emas di Kampung Cabang Bijih, Perala, Sokor, Tanah Merah, di sini selepas dikatakan tidak pulang ke rumah sejak empat hari lalu.
Menurut laporan Sinar Harian, mangsa warga tempatan yang berusia 56 tahun itu dipercayai sedang mencari emas ditemui maut tertimbus pada Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang, Pegawai Bomba Tertinggi II Disagar Mani Mustafa mengesahkan mengenai kejadian tersebut.
Artikel lain: Elak patung penyu atas lebuh raya, peserta Himpunan RXZ Members 6.0 maut kemalangan
Lelaki ditemui maut tertimbus
Maklum beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis pada jam 4.11 petang.
“Setiba di lokasi, anggota bertugas telah melakukan kerja-kerja carian awal di kawasan tersebut yang digenangi air sedalam 0.5 meter,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Bagi melancarkan operasi tersebut, pasukan bomba terpaksa menggunakan jengkaut untuk mempercepatkan proses mencari dan mayat mangsa berjaya ditemukan kira-kira jam 5.56 petang.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk tindakan lanjut.
“Mengikut maklumat keluarga, mangsa sudah empat hari tidak pulang ke rumah bermula Selasa lalu.
“Semasa dibawa keluar, mayatnya sudah membengkak,”ujar beliau.
Mangsa juga dipercayai melakukan kerja mencari emas di tebing sungai yang mana struktur tanahnya tidak kukuh.
Sumber: FB Info Kemalangan & Bencana Malaysia, Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source