Tiada gambar suami di IG, kelibat Hana Ismail seorang diri di mahkamah cetus tanda tanya
Sudah tiada gambar suami yang juga pendakwah selebriti, Syed Iqmal di Instagram, kelibat Hana Ismail seorang diri di mahkamah telah menimbulkan tanda tanya, hari ini.
Memetik portal Gempak!, isteri kepada pendakwah itu berada di lokasi yang sama dengan pasangan pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Kelibat Hana Ismail seorang diri
Hana yang hadir dengan jubah dan cermin mata serba hitam juga turut dilaporkan berada di kaunter pembayaran ikat jamin di mahkamah.
Hana ketika ditanya berkata, dia enggan memberi sebarang komen tentang keberadaannya di lokasi berkenaan sekitar jam 12 tengahari tadi.
“Saya datang nak beri sokongan kepada rakan,”katanya ringkas dalam keadaan tergesa-gesa melarikan diri.
Artikel lain: Hana Ismail reda suami terima hukuman penjara- “Mata ini menangis & hati ini bersedih…”
Sebelum itu, Hana dilhat berada di kaunter ikat jamin mahkamah sesyen hampir 15 minit sebelum turun semila ke tingkat bawah sambil memegang sehelai kertas dan menaiki semula ke tingkat atas untuk menyerahkan di kaunter sama.
Sementara itu, meninjau di ruangan Instagram Hana atau Nurulhana Ismail, 38,, gambar dia dan suami sudah tidak dikongsikan di platform berkenaan kecuali bersama bayi sulung mereka.
Terdahulu, pendakwah selebriti, Da’i Syed dilihat sempat meluangkan masa bersama anak perempuannya setelah dibebaskan sementara dari Penjara Kajang pada Jumaat.
Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Bernama Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos lalu.
Sumber: Gempak (Ernalisa), IG hanaalmauzah
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source