Anggota tentera meninggal dunia, terkena tembakan pemburu haram ketika latihan
Seorang anggota tentera meninggal dunia akibat terkena tembakan dipercayai dilepaskan pemburu haram di kawasan hutan KM 8, Jalan Balak Multiplus, Song dekat sini, awal pagi ini.
Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia , anggota tentera dari formasi 9 Briged, Sibu maut akibat terkena tembakan ketika sedang melaksanakan Eksesais Pasak Bumi (EPB) Batalion Ke-13 Rejimen Renjer Diraja.
Difahamkan, anggota berkenaan sedang melaksanakan latihan di kawasan am Song, di sini bermula pada 21 hingga 29 September ini melibatkan kawasan am Kanowit – Nanga Dap – Song dan berkekuatan satu Kompeni.
“Pada 23 September 2024 (hari kedua latihan) kira-kira pukul 2.45 pagi, sewaktu sedang berehat (berlabuh), Platun telah mendengar bunyi motosikal melalui jalan tidak berturap (jalan balak) berdekatan lokasi mereka berlabuh.
“Secara tiba-tiba, kedengaran bunyi tembakan yang dipercayai datang dari arah motosikal berkenaan.
“Curiga dengan tembakan tersebut, pemeriksaan perimeter dilaksanakan serta merta dan mendapati seorang anggota telah cedera akibat tembakan tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan.
Sekadar gambar hiasan| Carian Google
Anggota tentera meninggal dunia
Menjelas lanjut, kenyataan itu berkata anggota terbabit telah diberi rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Song pada pukul 4 pagi.
“Seterusnya anggota telah dirujuk ke Hospital Kapit untuk rawatan lanjut kira-kira pukul 5 pagi namun disahkan meninggal dunia pada pukul 7.43 pagi di akibat kecederaan yang dialami,” katanya.
Satu laporan polis telah dibuat dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melaksanakan siasatan.
Tambah kenyataan, rancangan pengurusan jenazah akan disempurnakan selepas proses bedah siasat selesai.
“Pihak waris yang berada di Sarikei, Sarawak telah dimaklumkan dan lokasi pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” katanya.
Artikel lain: Polis siasat dakwaan anggota tentera maut dipercayai didera
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Song DSP Rowney Michael Jalak berkata mangsa Petrus Linggi Liman, 29, mengalami kecederaan parah pada bahagian paha dan punggung kiri.
Ketika kejadian, mangsa sedang berada di atas buaian (hammock) sewaktu menyertai latihan taktikal pasak bumi di kawasan hutan berkenaan.
Setakat ini suspek belum lagi dikenal pasti. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang berusaha mengesan suspek.
Sumber: BERNAMA, FB Tentera Darat Malaysia
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source