Sindrom ‘Hurried Child’ Usah Biar Anak Kecil Dewasa Sebelum Waktunya
Sindrom ‘Hurried Child’ usah biar anak kecil dewasa sebelum waktunya. Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, tekanan untuk mencapai kejayaan dan menyesuaikan diri dengan perkembangan zaman seringkali turut dirasakan oleh anak-anak. Fenomena ini dikenali sebagai sindrom ‘Hurried Child.’
Sindrom ‘Hurried Child’ Usah Biar Anak Kecil Dewasa Sebelum Waktunya
Sindrom ini merujuk kepada situasi di mana kanak-kanak didorong atau dipaksa untuk matang lebih awal daripada usianya, yang boleh memberikan kesan buruk terhadap perkembangan mental, emosi, dan sosial mereka.
Ramai ibu suka menggayakan anak kecil mereka seperti orang dewasa. Ini dipanggil sebagai Sindrom ‘Hurried-Child’. Rasa seronok bila dapat menggayakan si kecil mengikut fesyen orang dewasa.
Terasa anak paling comel dan mengikut trend sangat tanpa mengetahui dan mengambil kira yang perbuatan tersebut rupanya ada kesan terhadap perkembangan si anak. Kalau dari bayi lagi sudah dibiasakan berpakaian seperti fesyen orang dewasa, mereka akhirnya akan menjadi dewasa sebelum waktunya.
Itu belum lagi ibu ayah yang memaksa anak belajar sahaja sepanjang masa demi untuk menjadikan anak paling terpandai di awal usia. Kasihan si anak kerana tidak menikmati zaman kanak-kanak yang menyeronokkan seperti bermain, berpakaian comot, bereksplorasi dunia persekitaran dan macam-macam lagi benda yang boleh dipelajari kerana sibuk hendak bergaya, ‘maintain’ cantik dan geli untuk bereksplorasi persekitaran kerana kononnya kotor.
Jika anda antara ibu ayah yang suka mempercepatkan anak dewasa sebelum waktunya, bacalah penjelasan Puan Noor Afidah Abu Bakar, Co-founder dan Principal Parent Connect Consultancy.
DEWASA SEBELUM WAKTUNYA
Sindrom ‘Hurried-child’ yang dikenalpasti oleh Dr. David Elkind yang pernah saya kongsikan tahun lalu bukan hanya melibatkan tekanan akademik yang terlalu awal di luar kemampuan perkembangan semulajadi anak-anak kecil, sindrom ini juga merebak ke dalam pelbagai aspek kehidupan seorang kanak-kanak masa kini.
Jika kita mengikuti perkembangan semasa tentang kanak-kanak di seluruh dunia, salah satu isu besar yang mendapat kecaman pelbagai pihak adalah ‘trend’ memaksa kanak-kanak untuk berbusana seperti orang dewasa.
Trend ini lebih ketara bagi kanak-kanak perempuan yang sering dieksploitasikan untuk berpakaian seksi dan kasut bertumit tinggi yang tidak sesuai usia. Dengan adanya rangkaian pakaian kanak-kanak yang didewasakan, kanak-kanak dipaksa untuk menggayakan fesyen pakaian dan dandanan seperti orang dewasa.
Walau apa saja yang dipakai oleh kanak-kanak, mereka tetap comel dan penyejuk mata. Walau bagaimanapun trend yang sebegini menyebabkan berlakunya dua kemungkinan:
1) Dengan berfesyen yang sedemikian, secara tidak langsung mereka juga diharapkan agar berkelakuan seperti orang dewasa. Harus diingat kanak-kanak bukan ‘mini adults’. Perkembangan fizikal, sosial, emosi, intelektual dan spiritual mereka belum capai ke tahap orang dewasa. Mereka seumpama ‘work in progress’ yang masih perlu dipupuk dan dibaja.
2) Dengan berfesyen yang sedemikian, didapati ada kanak-kanak yang memaksa diri mereka sendiri untuk berkelakuan seperti orang dewasa. Mereka bertutur menggunakan perkataan orang dewasa yang ada kalanya tidak manis disebut, mereka menonton rancangan tv dan mendengar lagu-lagu yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Mereka cenderung untuk meniru orang dewasa kerana ia bersesuaian dengan imej yang dipaksakan ke atas mereka.
Jika ini berlaku, rugilah kanak-kanak yang ‘hurried’ atau digesa-gesakan ini kerana mereka terlepas zaman riang kanak-kanak yang tidak mungkin akan berulang kembali. Apabila mereka dewasa nanti, zaman inilah yang akan dikenang dengan ungkapan “Seronoknya menjadi kanak-kanak”. Jika mereka dipaksa melalui zaman kanak-kanak mereka dengan menjadi orang dewasa, kenangan ‘good old days’ itu tidak ada.
Trend ini bukan hanya melibatkan kanak-kanak yang dipaksa berpakaian seksi, berdandan dan mengenakan mekap yang tidak sesuai usia, ada juga yang ‘dipaksa’ berfesyen menutup ‘aurat’ sebelum tiba usia kerana comel. Baby tidak perlu bertudung. Trend anak perempuan dipaksa berpakaian sedondon ibu dengan fesyen fishtail, peplum, jubah beropol dan sebagainya kerana ia menghasilkan imej yang layak-Insta (Insta worthy) juga adalah sebahagian dari sindrom ‘Hurried Child’ ini.
Kanak-kanak menjadi tua sebelum waktunya kerana memenuhi impian ibubapa yang terpedaya dengan tipu daya peniaga dan pengiklan yang suka mengambil kesempatan ke atas kealpaan kita yang tidak memahami perkembangan kanak-kanak.
Sumber: Parent Connect
Baca artikel lain juga: Ezzaty Abdullah Sarat Hamil Anak Ketiga, Tak Buat Ujian Jantina Bayi, Nak Buat Kejutan
Anak Nak Masuk Asrama? Mak Ayah Jangan Lupa Beritahu Pesanan Penting Ini
Di Rumah, Anak-Anak Kena Ikut Undang-Undang Bapa Kongsi Rutin Harian Elak Anak Main Gajet!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source