Yusuf Azmi cabar Caprice jumpa berdepan -“Kita tengok, kau sembang macam mana”
Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan), Yusuf Azmi cabar Caprice jumpa berdepan apabila pempengaruh itu telah ‘menyeru’ namanya sejak semalam dengan memuat naik gambarnya bersama beberapa individu dipercayai pengikut GISBH.
Yusuf ajak bertemu
Menerusi perkongsian Yusuf Azmi di media sosial, dia mengajak Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli untuk datang bertemunya di Semboyan selepas memerli tentang penjualan baju yang dilakukan Yusuf.
Yusuf Azmi cabar Caprice, siap bagi surat terbuka
Menurut Azmi, jika hanya ‘sembang’ sahaja, semua pihak berani melakukan perka itu, jadi dia berharap Caprice dapat datang bertemunya.
Susulan daripada itu, dia dan pihak Semboyan telah mengeluarkan surat terbuka kepada Caprice untuk datang bertemu bagi meluahkan apa yang tidak puas hati sehingga kerap memetik nama Yusuf Azmi di media sosial.
“Surat terbuka untuk Ariz Ramli atau Caprice.
“Pihak Semboyan Malaysia mengajak Caprice untuk berdepan dengan kami dan bercakap depan kami tentang apa yang tidak puas hati dengan pihak kami.
“Kami menjemput Caprice dan masih menganggap anda sebagai seorang lelaki,” tulisnya.
Artikel lain: Vida minta Caprice henti dedah aib orang, fokus jaga keluarga sendiri
Yusuf Azmi cabar Caprice, langsung dijawab diruangan komen
Melalui ruangan komen, dapat dilihat yang Caprice membalas surat tersebut menyatakan yang dirinya bersedia untuk berjumpa dengan Yusuf Azmi serta pihak Semboyan Malaysia.
Namun begitu, dia seakan memerli menyatakan mahu menghantar invoice memandangkan jualan jersi sedang meningkat.
“Boleh-boleh. Tapi alang-alang sales jersi tengah meningkat ni, Cap nak hantar invoice,” tulisnya di ruangan komen.
Nama Yusuf Azmi kena ‘petik’?
Terdahulu, permasalahan antara mereka dilihat tular di media sosial apabila Caprice memuat gambar Yusuf Azmi bersama pihak Global Ikhwan Service anf Bussines Holding (GISBH) yang kini sedang hangat diperkatakan.
Semoga permasalahan antara mereka boleh dijernihkan walaupun masih tidak dapat dipastikan punca masing-masing saling mencabar di media sosial selain daripada berkenaan jualan pakaian seperti yang dinyatakan.
Sumber: Instagram yusufazmi_s1m,caprice
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source