Atikah Suhaimie umum hamil 4 bulan, tak rancang beli barang bayi di luar negara
Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaimie umum hamil 4 bulan apabila berkongsi gambar terbarunya dengan memperlihatkan baby bump yang semakin ketara.
Menerusi muat naik di Instagram, dapat dilihat perubahan di bahagian perut pelakon berkenaan dan dia juga nampak sedikit berisi daripada kebiasaan.
Atikah Suhaimie umum hamil 4 bulan, takut nak beritahu awal sebab pernah dikecam
Merujuk laporan dari Kosmo!, Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, dia sebelum ini memilih untuk menyembunyikan kehamilan kerana bimbang mendapat kecaman memandangkan pernah menerima komen buruk sewaktu di awal perkahwinan dahulu.
Namun begitu, kini dia bersyukur kerana menerima pelbagai respon baik daripada pengikut dan sudah tidak ada lagi komen negatif diterima olehnya.
“Pada saya waktu itu terlalu awal untuk membuat pendedahan dan pelbagai perkara boleh berlaku. Saya juga bimbang jika kongsikan berita terlalu awal, nanti netizen akan mengecam atau mendoakan yang tidak baik.
“Sejujurnya saya agak trauma apabila ada yang mendoakan tidak baik kepada ketika melangsungkan perkahwinan dahulu dengan mengatakan perkahwinan kami tidak bertahan lama.
“Tetapi saya sangat berterima kasih dan bersyukur kerana pengikut di media sosial semuanya mendoakan yang baik-baik buat saya dan tiada komen benci saya terima,” katanya.
Atikah Suhaimie umum hamil 4 bulan, berat badan naik mendadak
Dalam pada itu, Atikah juga mendedahkan bahawa berat badannya naik mendadak selepas disahkan hamil dan mengambil keputusan untuk membuat naik gambar terbaru di media sosial memandangkan sudah lama tidak berkongsi perkembangan terkini kepada pengikutnya.
“Kalau tidak kongsikan gambar, nanti media sosial saya akan kosong. Jadi saya fikir kongsikan saja foto terbaharu yang kini sedang hamil dan berat badan juga naik.
“Bentuk badan masih kecil, tetapi bahagian perut makin membesar dan begitu juga pada bahagian wajah. Sejak hamil ada banyak baju yang tidak muat dan saya perlu pergi ke kedai untuk membelinya.
“Jadi alang-alang begitu, saya kongsikan saja gambar semasa yang kini sedang hamil,” katanya.
Artikel lain: Atikah Suhaime teruja suami hadiahkan kereta terpakai, dedah tiada lesen pula!
Atikah Suhaimie umum hamil 4 bulan, Tak rancang berbelanja besar sambut anak sulung
Selebriti yang bergelar Datin itu juga memaklumkan dia dan suami tidak merancang untuk mencari barang keperluan bayi di luar negara untuk menyambut kelahiran bayi pertama mereka.
Apa yang penting adalah keperluan asas bayi termasuklah dirinya sendiri selepas bersalin nanti.
Buat masa ini saya dan suami belum membuat sebarang persiapan bayi. Saya juga mengharapkan agar khalayak boleh kongsikan tip tentang penjagaan bayi dan keperluan bayi termasuk ibu nanti selepas bersalin kerana saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
“Bagi saya, tidak perlu untuk berbelanja besar atau beli terlalu banyak barang untuk bayi kerana bayi ini cepat membesar. Tetapi, saya yakin suami saya mungkin akan mewahkan anak, tetapi bagi saya persiapan itu tidak perlu terlalu berlebihan.
“Paling penting ialah keperluan asas bayi dan saya nanti untuk menjaganya. Untuk saya, mendapatkan pengasuh yang boleh membantu saya menjaga bayi nanti lebih penting kerana saya tidak mahu membebankan kedua orang tua dan keluarga mentua,” katanya.
Pelakon filem My Stupid Bos itu turut meluahkan rasa syukur susulan alahan yang dialami diawal kehamilan sudah berkurang memandangkan kerap mengalami muntah-muntah serta sakit kepala teruk pada trimester pertama.
Sekadar info, Atikah Suhaimi telah mendirikan rumah tangga dengan Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, 35, pada 21 Januari 2024.
Sumber: Instagram therealatikahsuhaimi, Kosmo! (Fadila Awaludin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source