Dibanding dengan Khairul Aming, Chef Wan hanya gelak besar
Chef selebriti Datuk Redzuan hanya tertawa apabila dia dibanding dengan Khairul Aming oleh beberapa pihak menerusi media sosial.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Redzuan atau mesra dipanggil Chef Wan telah memuat naik satu video yang sedang mengulas berkenaan perbandingan tersebut.
Dibanding dengan Khairul Aming, Chef Wan hanya tertawa
Menurut Chef Wan, sebelum ini dia sudah menerima video yang membandingkan dirinya dengan Khairul namun selebriti itu tidak ambil kisah.
“Hari itu, semasa mereka buat perbandingan ini pun mereka ada hantar video itu kepada saya. Saya gelak besar dan tak ambik kisah.
“Mereka tanya apa komen saya? Atok orang lama nak masuk zaman purba pun. Layan TikTok pun tak ada masa walaupun ada akaun TikTok.
“Buat apa kita nak bandingkan pengalaman dan pencapaian masing-masing? Lagi-lagi nak luangkan masa berharga untuk hasut orang lain mengumpat dan mengata di media sosial,” katanya.
Respon Chef Wan selepas dibanding dengan Khairul Aming
Dalam pada itu, Chef Wan juga berkata walaupun orang ramai tidak dapat melihat kejayaan dan sumbangannya terhadap negara, ia tidak akan memberi kesan kepada dirinya.
“Selepas 34 tahun kerjaya saya di kaca televisyen dan sumbangan saya kepada negara, jika mereka tak nampak pun tak berkudis badan saya. Semua orang berhak untuk menyuarakan pendapat mereka dan saya hormat hak itu,” ujarnya.
Pada masa yang sama, chef berusia 66 tahun itu juga mempersoalkan tindakan individu yang membandingkan dirinya dan Khairul Aming sedangkan pengalaman dan kerjaya kedua-dua mereka jauh berbeza.
Chef Wan dibanding dengan Khairul Aming
“Macam mana nak bandingkan kami sebab kamu berdua ada kerjaya yang berbeza dan jumlah tahun pengalaman kamu pun jauh berbeza. Untuk apa segala perbandingan ni semua pun?
“Ia sangat tak masuk akal. Banyak lagi benda positif lain yang memerlukan perhatian kita zaman sekarang. Ingat, kita semua ada momen berbeza dalam hidup kita,” katanya.
Sementara itu, Chef Wan berkongsi perjalanannya sudah jauh dan pemandangannya juga sudah luas disamping dia selesa dengan keadaannya sekarang.
Dibanding dengan Khairul Aming, Chef Wan selesa dengan keadaan sekarang
“Saya pula dah jauh perjalanan hidup dan luas pandangan saya. Atok dah pencen nak! Saya selesa dengan keadaan saya sekarang dan sedang menikmati hari-hari persaraan saya. Apatah lagi, saya dah lalui perjalanan yang panjang, penuh cabaran dan memenatkan” kongsinya.
Artikel lain: Chef Wan jaga kebajikan adik-beradik, beri elaun-“Seorang RM3,000 macam duit pencen!”
Selain itu, beliau turut mengakui kejayaan Khairul Aming disamping menasihati orang ramai untuk memberikan doa yang baik-baik kepada pempengaruh itu.
Menurut Chef Wan, tidak dinafikan Khairul Aming adalah inspirasi buat dirinya sendiri dan rakyat Malaysia perlu berbangga dengan perkara itu.
Dibanding dengan Khairul Aming, Chef Wan tak ambil kisah
“Jika orang berjaya pun, kita mesti iringi dengan doa yang baik-baik untuk mereka. Beliau juga menjadi sumber inspirasi kepada saya dan seluruh rakyat Malaysia perlu berbangga.
“Jutaan terima kasih di atas komen anda. Haters will always be haters. Tak ada perkara yang baik dari hati mereka tak kira apa kita buat. Biarkanlah.
“Kita jangan layan kerja yang bodoh ini kerana ia akan berbalik pada diri kita sendiri. Yang cerdik akan nampak segala yang betul. Tak perlu kita bertegang leher dengan manusia yang hanya nampak sampah,” ujarnya.
Setiap orang ada pencapaian masing-masing, tak perlu bandingkan dua selebriti ini!
Sumber: Instagram Chef Wan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source