Setiap kali tengok filem Inggeris, terutama melibatkan perkahwinan dalam tamannya, saat itulah bagi yang masih bujang memasang angan dan impian besar untuk berkahwin cara begitu.
Tak kisahlah kita kerja apa, gaji banyak mana tetapi semua orang selalu terfikir, berkahwin sekali saja kan. Jadi semuanya mesti nampak sempurna kerana itu impian setiap yang masih bujang.
Rasa teruja tu lebih bila penyanyi Yuna dan pasangannya Adam memilih tema taman sebagai majlis perkahwinan mereka yang berlatar belakangkan pelamin indah dengan bunga segar, pemandangan indah dan tampak serba sempurna. Kalau tak sama pun, dapat iras-iras pun ok kata orang. Namun sebelum korang berniat berkahwin out door, fahami dulu, apa situasi yang perlu korang hadapi bila memilih perkahwinan out door. Apa lebih dan kurangnya berbanding melakukan perkahwinan in door atau dalam dewan yang sudah biasa dibuat ramai pengantin.
Menurut Pakar Bunga Negara, Azmi Mohd Azmy Osman yang kini berada di Italy atas urusan kerja berkata, memilih perkahwinan out door sememangnya memberikan impak besar terutama dari segi dekorasi kerana kelainan ditonjolkan.
“Ada beberapa situasi yang kena faham. Pertamanya kos wedding out door agak tinggi kerana pereka perlu membina platform iaitu tapak wedding, persediaan dekorasi yang agak rumit, kerja lebih renyah tetapi masa yang sama perlukan kreativiti luar biasa berbanding mengadakan dalam dewan yang sudah siap sepenuhnya dan hanya perlu dirias sahaja.
“Masa yang sama, out door memang cantik tetapi keadaan cuaca dalam negara adalah aspek penting. Cuaca terlampau panas dan musim hujan bukan satu pilihan kerana ia boleh merosakkan “mood” dan juga dekorasi.
“Begitu juga budget. Permulaan kos untuk dekorasi sebuah pelamin yang simple bermula dari RM10,000 ke atas. Belum lagi kos jemputan tetamu, makanan, pengangkutan, punca air dan sebagainya. Sekurangnya, perlu ada RM70,000 duit dalam tangan kerana kos itu dikira sebagai anggran sahaja,”katanya memaklumkan, tema pakaian juga memainkan aspek penting seperti pemilihan baju yang agak nipis dan sesuai dengan cuaca. Kain songket yang jadi kebanggaan tradisional agak panas kainnya. Pengantin boleh jadi tidak selesa kalau menggayakannya,” katanya.
Dalam pada itu, Azmy menjelaskan, kos jemputan tetamu dengan penyediaan makanan biasanya mengambil kos agak tinggi.
“Jika kita memilih katering terkemuka, satu kepala bermula dari RM70 ke atas. Kalau melibatkan tetamu kenamaan, selain protokol kos makan boleh cecah ratus bagi satu kepala. Kalau bagi penyediaan makanan yang baru hendak meningkat nama, mungkin boleh dapat dalam RM25 tapi biasanya jarang berlaku. Jadi kiralah kosnya yang perlu dikeluarkan jika kita menjemput ramai tetamu,”katanya yang tak menafikan, wedding dalam taman adalah impian kebanyakan orang kerana perkahwinan in door adalah biasa bagi dalam negara.
Bagaimana pun Azmy berkata, pemilihan dalam dewan, hotel dan sebagainya boleh dipertimbangkan bagi mereka yang tidak kisah dan mahu semuanya nampak sempurna.
Sementara itu bagi perkahwinan dalam dewan, selain ia biasa bagi kebanyakan masyarakat lakukan, kos akan meninggal tinggi jika menggunakan bunga segar, pelamin VVIP dan lain-lain faktor.
“Kalau dalam dewan, semuanya boleh dikontrol. Maksudnya dari aspek fotografi, video, penyediaan makanan, penyediaan dekorasi, jumlah tetamu dan banyak lagi tanpa sebarang masalah kerana asasnya sudah kukuh iaitu dewan yang sedia ada,” kata Azmy yang kini menjalin kerjasama dengan pengubah dekorasi terkenal dunia, Preston Bailey yang diiktiraf sebagai The Best Wedding Designer bagi ramai artis Hollywood yang mendapatkan sentuhannya bagi projek School Of Floral Design yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia.
“Malaysia amat bertuah kerana mempunyai pakar bunga negara yang begitu hebat. Jalinan hubungan bersama-sama pakar terbaik dunia membolehkan segala idea, pengalaman, teknologi dan dikongsi bersama-sama. Mungkin tidak ramai yang mampu untuk ke luar negara menimba ilmu dan mencari pengalaman di sana.
Dengan wujudnya SCHOOL OF FLORAL DESIGN di Kolej Polytech, Mara Bangi, membolehkan anak-anak muda menimba ilmu secara bersistemetik di mana segala kepakaran bertaraf dunia akan dipelajari.
“Sistem pembelajaran ini dikawal selia oleh Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Pendidikan Teknologi & Vokasional TVET. Dia ia merupakan kursus Foral Designing yang pertama di dunia yang di iktiraf oleh kerajaan. Kursus ini bukan sahaja mempelajari teknik asas dekorasi malah, pelbagai aspek pengurusan, pengajian seni bina turut terkandung di dalam silibus pembelajaran,” katanya ketika dihubungi di Italy.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source