Abby Abadi tiada niat ikut campur, cuma sedih lihat Fattah & Fazura mahu berpisah
Pelakon wanita, Abby Abadi tiada niat ikut campur permasalahan rumah tangga pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura, cuma dirinya akui begitu sedih dengan berita tersebut.
Menerusi luahan Abby di Insta Story, dia berharap agar Fattah Amin dapat mengambil cuti dari pengambaran drama yang sedang dijalankan untuk kembali ke rumah bagi memperbetulkan sebarang permasalahan antaranya dan Fazura.
Abby Abadi tiada niat ikut campur, tapi minta sama2 perbaiki hubungan
Ujar Abby Abadi, dirinya tiada kena mengena pun dalam hubungan rumah tangga pasangan tersebut, namun berasa sangat sedih apabila melihat Fattah dan Fazura bakal bercerai jika perkahwinan mereka ini tidak dapat diselamatkan.
Dia juga meminta agar mereka tidak mengalah dan sama-sama perbaiki kekurangan kerana mereka dilihat sangat sepadan antara satu sama lain.
“Akak minta maaf. Akak tiada niat nak masuk campur. Tak tahu kenapa akak rasa sedih sangat kalau korang bercerai. Korang sama cantik, sama padan dah.
“Perbaiki apa yang kurang, yang lain serah kepada Allah. Jangan kalah dengan syaitan,” tulisnya.
Abby Abadi tiada niat ikut campur, harap sangat Fazura beri Fattah peluang
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan turut mengucapkan selamat hari lahir buat Fazura yang kebetulan menyambut ulang tahun ke-41 pada hari ini.
Abby Abadi tiada niat ikut campur berulang kali memohon maaf dan sangat berharap Fazura dapat memberikan peluang kepada Fattah andai benar aktor tersebut melakukan kesilapan.
“Sanah helwah. Sorry, tak niat ikut campur tapi tolonglah, kalau Fattah salah, bagilah peluang,” ujarnya lagi.
Artikel lain: Abby Abadi titip nasihat buat Fattah Amin & Fazura, kerap menangis baca berita mereka
“Diorang memang diciptakan untuk bersama”
Abby juga memohon agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut dan berharap agar Allah S.W.T dapat menyelamatkan rumah tangga mereka.
Dia akui tidak tahu mengapa berasa begitu sedih apabila mengetahui bahawa pasangan berkenaan bakal bercerai kerana merasakan mereka sudah ditakdirkan bersama.
“Tak tahu kenapa kita jadi sedih sangat kalau diorang berpisah. Diorang memang diciptakan untuk bersama. Tak boleh cerai! Tak boleh,” kata Abby lagi.
Terdahulu, Abby Abadi mengakui kerap menangis apabila membaca berita tentang rumah tangga Fattah Amin dan Fazura susulan tuntutan penceraian yang dibuat oleh aktres tersebut pada 13 September lalu.
Dia telah menitipkan nasihat supaya kedua-duanya tidak cepat mengalah dan sama-sama memperbaiki hubungan agar perkahwinan yang memasuki usia 7 tahun itu tidak karam di tengah jalan.
Sumber: Instagram abbyabadi_112
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source