Bapa sanggup usung tangki oksigen demi hadiri majlis konvokesyen anak sulung
Seorang bapa sanggup usung tangki oksigen demi menyaksikan anak sulungnya menerima Diploma Seni Bina di Majlis Konvokesyen Kali Ke-31 di Politeknik Port Dickson di sini, semalam.
Menurut laporan Berita Harian, Jasni Mohd Noor, 52, yang juga Pensyarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam berkata menghidap penyakit kanser kelenjar air liur atau Adenoid Cystic Carcinoma, sejak setahun lalu.
Bapa sanggup usung tangki oksigen
“Bagi saya yang penting adalah mahu melihat wajah gembira anak sulung saya dan turut ditemani isteri, Jamilah Abbas, 51, juga pensyarah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam serta dua anak lelaki,” katanya.
“Sekarang Jemima sudah sambung belajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam bidang Ijazah Pengurusan Projek, sejak setahun lalu, dan saya berbangga kerana dia ada kemahuan yang tinggi.
“Buat masa sekarang, saya terpaksa mengambil cuti yang panjang dan berharap ia tidak menjadi penghalang kepada kejayaan anak-anak saya,” katanya.
Bapa sanggup usung tangki oksigen
Artikel lain: Pemuda buat kelainan pecah rekod nasi kandar, keluarkan RM450 belanja orang makan!
Dalam pada itu, Jamima Saffieya meluahkan rasa terharu apabila melihat pengorbanan bapanya hadir ke majlis konvokesyen walaupun bergantung pada tangki oksigen setiap masa.
“Dia kerap menghubungi saya sepanjang belajar di sini, malah turut bimbang selepas dia disahkan menghidap penyakit yang amat bahaya namun semangatnya cukup kuat, itu yang saya kagum dengan ayah,” ujarnya.
Sumber: Berita Harian (Mohd Khidir Zakaria)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source