Demi keselamatan, pengurus dedah sebab 5 ‘bodyguard’ iringi Fazura di mahkamah
Kehadiran 5 bodyguard iringi Fazura di mahkamah semalam telah menjadi perhatian ramai selepas selebriti itu dikawal ketat tanpa ada sebarang pihak yang berani menyerbu terus ke arahnya.
Memetik laporan dari hibglam, pengurus Fazura, Iman Tang menyatakan bahawa perkara itu adalah demi keselamatan Fazura.
5 bodyguard iringi Fazura di mahkamah untuk keselamatan
Menurutnya lagi, apa yang dilakukan adalah untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini serta sudah menjadi kebiasaan artis di bawah jagaannya membawa pengawal peribadi ke seberang acara tertentu.
Tambahnya, tindakan bodyguard iringi Fazura di mahkamah sama sekali bukan bertujuan untuk bermegah atau konten kerana ia semata-mata demi keselamatan.
“Pengawal peribadi? Itu adalah kebiasaan Fazura bila dia pergi ke majlis mana-mana, dia memang akan upah bodyguard.
“Saya sebagai pihak pengurusan, benarkan sahaja permintaan itu sebab sebelum ini, ada kejadian orang kurang sopan datang untuk bergambar tetapi ambil kesempatan.
“Macam semalam, kami tak tahu keadaan dekat mahkamah macam mana sebab berkemungkinan ramai datang termasuk peminat. Cuma saya berpesan dekat bodyguard supaya tidak berkasar dengan rakan media,” katanya.
Artikel lain: Fazura nekad mahu bercerai, demi maruah sebagai wanita & kesejahteraan anak
Ada bodyguard iringi Fazura di mahkamah sebab dia pernah dikasari sebelum ini
Ujarnya lagi, sebelum ini Fazura pernah pergi ke mahkamah seorang diri dan dia telah dikasari peminat. Disebabkan itu, dia enggan perkara tersebut berulang lagi.
Sebelum ini pernah Fazura pergi Mahkamah Tinggi tanpa bodyguard, keadaan jadi tidak terkawal dan dia dikasari peminat.“Bila ada sesuatu jadi, mereka akan cakap pula takkanlah Fazura tak bawa pengawal peribadi, kan dah kena macam ini.
Netizen pula yang ‘bantai’ kita, tapi bila ada mereka tanya pula kenapa sampai lima,” jelasnya.
Terdahulu, Fazura telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi sebutan kes tuntutan penceraian yang dibuat terhadap suami, Fattah Amin yang dilakukan pada 13 September 2024.
Kehadirannya yang diiringi oleh lima orang pengawal peribadi telah menarik perhatian lebih-lebih lagi dia dikawal ketat sejak keluar dari kereta menuju ke mahkamah.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang lafaz cerai berlaku kerana Fattah Amin menjelaskan dirinya masih lagi menyayangi isteri dan masih terkejut dengan apa yang sedang terjadi.
Sumber: Hibglam (Nur Muhammad Haikal Ramli)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source