Nama Haha mungkin sudah sangat sinonim dengan peminat program variety terkenal Korea, ‘Running Man’. Menerusi program mingguan ini juga kalau kamu perasan, Haha sentiasa tampil dengan fesyen tersendiri dan sering menggayakan streetwear fashion. Jelas terserlah minat Haha dalam dunia fesyen apabila muncul dengan pelbagai gaya menerusi ‘Running Man’.
Sebenarnya fesyen dan Haha bukanlah dua entiti asing. Haha yang juga merupakan penyanyi berpengaruh di Korea. Dan semalam menerusi Ingstaramnya, @quanhaha79, Haha telah menarik perhatian netizen terutamanya dari Malaysia apabila melakukan sharing atau repost video dari label Malaysia iaitu, Projek Jahat.
Buat pembaca setia REMAJA, kamu pastinya sudah tidak asing dengan Projek Jahat yang telah sama-sama berkolaborasi dengan REMAJA di dalam beberapa isu majalah kami sebelum ini. Perkongsian daripada Haha ini juga mencuri perhatian kami yang turut membuat kami berasa bangga dengan pengiktirafan terhadap Projek Jahat.
Projek Jahat yang beberapa minggu lalu turut menjadi sebahagian daripada pereka mengambil bahagian dalam KL Fashion Week telah turut mencuri perhatian pengikut fesyen tanah air selepas muncul sebagai the most eye cacthing participant dengan koleksi ‘Season in Hell’.
Dan semalam kami sempat menghubungi orang kuat Projek Jahat yang bertindak sebagai kurator mereka yang ingin dikenali sebagai Malaya Breed. Ikuti temu bual REMAJA bersama beliau.
1. Bagaimanakah Haha & Projek Jahat boleh kenal antara satu sama lain?
Semuanya bermula tahun lalu selepas Levi’s menjemput Projek Jahat dalam kempen mereka yang melibatkan lima negeri. Kebetulan Haha dan team-nya ada konsert di Pulau Pinang ketika itu dan mereka tertarik dengan salah satu jaket Levi’s Projek Jahat di butik. Mereka kemudiannya ingin sangat membeli jaket itu tapi malangnya ia hanya produk display sahaja. Pada waktu itu kami hanya tulis nama ‘Projek Jahat’ je, tiada sebarang details contact. Haha kemudian ‘google‘ nama Projek Jahat dan cuba hubungi saya. Sepanjang malam dia mencari dan akhirnya menemui Instagram Projek Jahat.
Kemudian ada satu posting yang tag IG saya, Malaya Breed dan di situ Haha telah megirimkan komen. Ketika itu saya berada di Johor Bahru dan tak perasan akan komen itu tapi diberitahu oleh rakan-rakan. Haha kemudian DM dan tanya beberapa soalan. Dari situ kami mula berkenalan dan masih keep in touch menerusi grup baru di Kakaotalk. Personally Haha selalu teks saya dan kami sentiasa update antara satu sama lain about anything like a blood in blood out loco.
2. Mungkinkah ada kolaborasi antara Projek Jahat dan Haha pada masa akan datang?
Future collab tu masih dalam perbincangan tapi saya tidak meletakkan itu sebagai asas relationship. Kita kena faham yang Haha punya jadual sangat padat dengan pelbagai show. Projek Jahat juga sangat sibuk dengan banyak projek yang kami lakukan dari semasa ke semasa. InsyaAllah kalau ada rezeki tak akan lari ke mana. Kalau jadi then bagus untuk seluruh industri sebab orang akan mula look towards kita.
ARTIKEL BERKAITAN: 10 OOTD Paling Vass Sepanjang KLFW 2018
3. Video yang Haha share telah menarik perhatian ramai follower Haha dari seluruh dunia. Adakah ia memberi impak kepada Projek Jahat?
Impak itu pasti ada, follower Projek Jahat juga bertambah secara tak langsung. Tapi apa yang paling best ialah impak penjenamaan dalam Bahasa Melayu. Selama ini kita ‘import‘ bahasa dan budaya K-pop ke dalam kehidupan kita.
At least Projek Jahat berusaha untuk eksport bahasa kita ke dalam arus K-pop, walaupun Haha bukan menjurus ke genre K-pop, tapi secara umumnya kita melihat Korea itu sendiri dengan terma tersebut. Dan bukan sahaja Haha, terdapat ada beberapa selebriti negara tersebut yang mula kenal dengan Projek Jahat. Cuma Haha lebih kepada seorang ‘brother’, keep pushing Projek Jahat untuk tidak putus asa.
4. Ada suara-suara klaim yang Projek Jahat adalah dari sekian-sekian negara. Your comment on that?
Ya, sebagai kurator Projek Jahat, saya tak marah pun sebab ini sebenarnya silap kita dari dulu, malu dengan bahasa ibunda sendiri. Bila bab penjenamaan semua terarah kepada barat, nak look cool walaupun sanggup tiru orang lain.
Sekurang-kurangnya dengan posting Haha ini kita dapat buka mata bahawa penjenamaan Bahasa Melayu itu boleh berkembang di Malaysia. By the way untuk video ini ia melibatkan ramai orang dari beberapa negara Asia Tenggara iaitu Singapura dan Myanmar. Tapi itu bukan isu utama. Apa yang penting adalah penghormatan yang Haha beri kepada Projek Jahat.
5. Projek Jahat muncul dengan rekaan dan konsep paling mendapat perhatian sepanjang KLFW 2018. Secara keseluruhan adakah Projek Jahat puas hati?
Untuk KLFW 2018 saya sebagai kurator berasa sangat gembira dengan show sulung Projek Jahat. Semua team Projek Jahat tiada pengalaman dan saya berikan kepercayaan sepenuhnya kepada mereka untuk run the show sambil memerhati dan monitor mereka. Bukan senang nak curate banyak-banyak idea yang liar untuk blend together. Untuk kali ini ada beberapa benda yang saya nak kongsi – ada sesetengah media terlalu excited nak tunjuk mereka ada knowledge terhadap fesyen tapi pemalas untuk buat research. Masih tidak jelas tentang fashion and still dengan pemahaman fasik mereka terhadap segment art dalam fesyen.
Terlalu tipikal dan jumud jumut dengan brand victim ideologi. And mostly all good, ada juga media yang kelihatan matured seiring dengan perkembangan fesyen semesta. Dan paling penting, kesan dari persembahan Projek Jahat itu dapat dilihat mengucar-kacirkn keadaan semasa. For sure next year KLFW become next level sikit. Sebab lumrah industri kita, penakut dengan idea baru orang dah buat baru nak diturut. Itulah kelemahan kita yg patut smua terima dengan terbuka untuk maju ke depan.
6. Tips kepada young designer yang ingin dikenali seperti Projek Jahat?
Untuk orang muda, yakinlah dengan idea sendiri, idea-idea liar kalianlah yang akan menyambung nyawa industri lokal yang semakin nazak. Persetankan yang lama dan hormat sahaja mereka. Bangun dan bangkit dengan idea liar kamu semua. Jangan diikut dengan didikan persepsi tipikal sedia ada. Kerjaan ini tentang hal-hal kreatif bukan sekadar membuat duit, mencari publisiti dan nak nampak cool semata. Kena ada jati diri dan arah tuju yang jelas untuk berdiri setanding pereka-pereka di luar sana..
PROSPER THY THE YOUTH | kemakmuran untuk orang muda!
Terus menyokong Projek Jahat untuk membuka lebih luas ruang untuk idea-idea liar orang muda!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source