“I benci orang malas” -Janna Nick berang, terima DM minta bayarkan hutang mencuri
Pelakon terkenal, Janna Nick berang apabila menerima direct message (DM) dari netizen yang meminta untuk membantunya membayar hutang susulan kantoi mencuri.
Perkara itu dikongsikan Janna menerusi Insta Story apabila memuat naik tangkapan layar mesej yang diterima.
Janna Nick berang, orang lain susah2 cari duit, dia curi pula
Dalam hantaran yang dibuat Janna Nick berang apabila mengetahui bahawa individu yang meninggalkan mesej tersebut telah mencuri sedangkan orang lain bersusah payah mencari rezeki halal.
Lebih teruk lagi, dia sesuka hati meminta orang lain pula menyelesaikan hutang yang telah dibuat susulan kantoi mencuri dan perlu membayat balik apa yang sudah diambil.
“Orang penat kerja, menyimpan. Dia senang je mencuri lepastu kantoi minta orang lain bayar” tulisnya.
Janna Nick berang, minta individu berkenaan bertaubat
Pemilik nama sebenar, Nurul Jannah Muner, 28 turut meminta agar individu berkenaan segera bertaubat dari melakukan tindakan-tindakan tidak bermoral seperti itu kerana lambat laun akan dibalas oleh Maha Pencipta.
“Bertaubatlah dik, hari ini kita mencuri, menipu orang, esok Allah balas berkali ganda lebih teruk dari nilai yang kita curi tu,” katanya.
Artikel lain: “Kejar impian pada ketinggian 30,000 kaki” – Janna Nick sambung belajar di luar negara?
Benci orang malas!
Di akhir perkongsian tersebut, isteri kepada pelakon Dini Schatzmann itu menegaskan bahawa dia benci orang yang malas lebih-lebih lagi dengan sikap tidak baik seperti yang ditunjukkan oleh individu yang menghantar DM kepadanya.
“Sorry, saya benci orang malas,” ujarnya ringkas.
Difahamkan, pelakon drama Pinjaman Syurga ini telah menerima DM daripada seseorang yang mengakui tidak mempunyai duit selepas kantoi mencuri dan perlu membayar balik duit sebanyak RM8,500.
Rayunya lagi, dia betul-betul terdesak kerana tidak mempunyai sesiapa lagi dan perlu membayar hutang tersebut pada hari yang sama.
Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada individu terbabit benar-benar memerlukan bantuan ataupun sekadar ingin menipu sahaja, namun sikap sebegitu sememangnya sangat buruk kerana langsung tiada rasa malu meminta-minta kepada orang lain tanpa mahu berusaha mencari rezeki yang berkat.
Sumber: Instagram jannanick
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source