“Jatuh hukum tak semestinya bersalah” -Ada netizen tak terima PU Azman dipenjara
Masih ada netizen tak terima PU Azman dipenjara selepas berita hukuman diberikan mahkamah susulan ‘pendakwah’ itu didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lalu.
Menerusi tangkapan layar yang dikongsikan semula pengguna X dikenali sebagai JatIkhwan apabila ada sesetengah netizen di TikTok yang seakan tidak bersetuju PU Azman dipenjara.
Tak terima PU Azman dipenjara, anggap tak bersalah
Pelbagai komen seakan tidak percaya bahawa jenayah tersebut dilakukan oleh individu yang sering bercakap tentang agama apabila menganggap hukuman yang dijatuhkan belum tentu membuktikan tertuduh bersalah.
“Jatuh hukuman tak semestinya dia bersalah ramai orang masuk penjara yang bukan diatas salah sendiri. Hanya Allah S.W.T yang tahu mereka itu bersalah atau tidak,” tulis seorang netizen.
Tak terima PU Azman dipenjara, ‘sembang’ pula pasal aib
Perkara tersebut telah disokong oleh seorang lagi netizen dengan menyatakan tentang aib dan menganggap mungkin apa yang berlaku adalah satu bentuk pengajaran serta boleh jadi pahala yang diperoleh oleh tertuduh jauh lebih banyak daripada kita.
“Benar sis, kalau pun dia bersalah, dia dah dapat hukuman dunia. Tak apalah jadi pengajaran untuknya. Dia dalam tu dah tentu-tentu boleh buat banyak pahala, mengaji ke apa. Kita ni belum tahu lagi. Allah jaga aib kita,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Artikel lain: Netizen mohon maaf ke Caprice usai kes ‘pendakwah’ tunggang agama terbukti salah
Mungkin mereka masih tak reti beza aib & jenayah
Komen-komen yang dilihat tidak sesuai konteks telah menjadi perhatian ramai dan kebanyakan warganet merasakan kenyataan netizen tersebut kurang bijak kerana masih lagi tak terima PU Azman dipenjara walaupun hukuman sudah dijatuhkan pihak mahkamah.
Ingat mahkamah suka2 je ke jatuhkan hukuman?
Mungkin kalau mangsa adalah keluarga, komen pasti akan lain
Terdahulu, PU Azman atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias, 43 telah dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dengan 2 sebatan susulan didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun.
Mahkamah juga menetapkan supaya PU Azman untuk menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.
Sumber: X JatIkhwan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source