Netizen mohon maaf ke Caprice usai kes ‘pendakwah’ tunggang agama terbukti salah
Netizen mohon maaf ke Caprice usai kes-kes melibatkan individu yang digelar pendakwah terbukti bersalah apabila merasakan tindakan mengecam pempengaruh terbabit adalah satu kesilapan.
Perkara itu dinyatakan beberapa netizen di ruangan Instagram Caprice susulan pempengaruh berkenaan memuat naik berita tentang isu-isu yang sudah terbukti bersalah dan sedang dalam siasatan pihak berkuasa.
Dikecam dahulu ketika buat pededahan
Dalam hantaran tersebut, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz bin Ramli menyatakan ketika dia membuat pendedahan tentang individu yang menjadi mangsa ‘pendakwah’ tersebut, dia telah dikecam hebat serta dituduh melakukan fitnah.
Ternyata, selepas beberapa tahun, pendakwah berkenaan dibuktikan bersalah dan dijatuhkan hukuman 24 tahun penjara serta 2 sebatan.
Netizen mohon maaf ke Caprice, beberapa isu tunggang agama terbongkar
Tak hanya itu, dia juga menyenaraikan beberapa isu berkaitan penunggang agama yang telah dibongkar seperti kes Da’i yang didapati bersalah merogol, organisasi yang dipercayai menganiya dan mengeksploitasikan kanak-kanak serta kes seorang pendakwah selebriti yang didakwa menghantar mesej lucah kepada wanita.
Netizen mohon maaf ke Caprice, tak sangka individu kopiah atas kepala ‘buat perangai’
Disebabkan beberapa individu tampil dan berani mengakui kesilapan mereka mengecam Caprice, pempengaruh berkenaan menyatakan bahawa dia sentiasa memberi kemaafan dan mengakui bukan senang untuk seseorang mempercayai pendedahan yang dibuat lebih-lebih lagi melibatkan ‘pendakwah’.
Artikel lain: Vida minta Caprice henti dedah aib orang, fokus jaga keluarga sendiri
Netizen mohon maaf ke Caprice, sekarang dah nampak siapa betul siapa salah
Ada juga di antara netizen yang menyatakan sebelum ini tidak menyukai cara Caprice membuka cerita berkenaan isu-isu ‘tunggang agama’ dan akhirnya sedar bahawa siapa yang sebenarnya terbukti bersalah.
Jadi, netizen tersebut berharap supaya Caprice dapat memaafkan hal itu.
Terdahulu, berita tentang seorang ‘pendakwah’ selebriti telah dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dengan 2 sebatan susulan didapati bersalah diatas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki ketika kejadian berusia 17 tahun, pada dua tahun lalu.
Kes melibatkan individu berperwatakan alim itu telah didedahkan oleh Caprice apabila dia turut berkongsi beberapa tangkapan layar pengakuan daripada mangsa-mangsa ‘pendakwah’ tersebut.
Sumber: Instagram Caprice
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source