Saling melengkapi, isteri guna bahasa isyarat terjemah ceramah untuk suami
Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang isteri guna bahasa isyarat untuk menterjemahkan ceramah untuk suaminya sewaktu hadir dalam sebuah majlis ilmu di Masjid.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Pyandoa di laman TikToknya, dia kagum dengan kegigihan wanita tersebut dalam membantu suaminya dalam memahami ilmu agama dengan lebih jelas.
Dalam perkongsian itu, dapat dilihat si isteri bersemangat dan bersungguh-sungguh menerangkan sesuatu perkara kepada suaminya disebalik celahan penghalang antara saf bahagian perempuan dan lelaki.
Isteri guna bahasa isyarat
Artikel lain: Remaja guna bahasa isyarat, jadi pengantara ibu bapa dengar ceramah Ustaz Abdul Somad
“Si isteri menterjemah kepada bahasa isyarat untuk kefahaman suami, Ya Allah semoga terus istiqamah hadir majlis ilmu.
“Terselinap memerhati aksi pasangan ini, walaupun aku kurang faham bahasa isyaratnya tapi mata masuk habuk bila tengok pasangan Pok Zan dan isterinya.
“Gigih mendalami majlis ilmu walaupun ada kekurangan. Semoga kita semua menjadi saksi para malaikat mencatat kebajikan bakal ditimbang kelak.
“Kita yang sempurna jangan sibuk mencari alasan,” ujarnya.
Isteri guna bahasa isyarat
Saling melengkapi antara satu sama lain!
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat pasangan tersebut yang saling bergantung dan melengkapi antara satu sama lain.
Semoga bahagia hingga ke syurga
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar segala urusan pasangan tersebut dipermudahkan selalu dan bahagia bersama hingga ke syurga.
Sumber: TikTok @Pyandoa
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source