Uyaina dedah terima gangguan daripada individu mengaku sepupu Abang Bas di TikTok
Pengacara terkenal, Uyaina dedah terima gangguan dari individu mengaku sebagai sepupu daripada Abang Bas di platform TikTok.
Perkara tersebut dinyatakan Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad di platform X memandangkan kerap kali menerima komen-komen tersebut di ruangan TikTok miliknya.
Uyaina dedah terima gangguan dari individu mengaku sepupu Abang Bas
Dalam ciapan ringkas pengacara tersebut, dia memberitahu ada individu yang mengaku sebagai sepupu kepada pemuda tersebut dan melakukan gangguan kepadanya tanpa diketahui kesahihan berkenaan.
Disebabkan itu, dia meminta wanita tersebut untuk tidak lagi terus-terusan melakukan lebih-lebih lagi isu berkenaan sudah tidak lagi dibahas di media sosial.
“Ada orang claim cousin Abang Bas dok harass I dekat TikTok
“Tak sudah-sudah lagi ke makcik oi…” tulisnya.
Uyaina dedah terima gangguan, komen di TikTok banyak kecaman
Menjengah ke platform TikTok Uyaina, memang masih ramai yang meninggalkan komen-komen mengecam personaliti televisyen terbabit dengan memerlinya menerusi pelbagai isu yang sedang viral.
Kebanyakan mereka seakan tidak dapat menerima apabila Uyaina tidak mengulas isu semasa sama seerti yang dilakukan ketika kes Abang Bas menjadi perhatian umum.
Artikel lain: “Jangan sentuh keluarga saya..”- Uyaina Arshad tak gentar, bakal ambil tindakan
Saran ambil tindakan undang2
Susulan daripada itu, rata-rata pengikut pengacara berkenaan di X telah meminta supaya Uyaina mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit kerana berlebihan dalam mengeluarkan komen.
Dah kenapa mereka macam tu?
Sembang lebat masing2 di TikTok
Terdahulu, isteri kepada Raja Syahiran Raja Azhanrianshah itu telah dihentam teruk di TikTok apabila membuat video berkenaan kesedaran konten bersifat pedofilia.
Rata-rata mereka berasa tidak puas hati dengan Uyaina kerana dikatakan cuba memburukkan seorang TikToker dikenali sebagai Abang Bas yang baru-baru ini ditahan reman susulan konten melibatkan jenayah seksual apabila memuat naik konten dengan murid sekolah beserta kapsyen yang kurang sesuai.
Sumber: X uyainaarshad
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source